Sunday, June 28, 2009

Mirath | Epi 1

Alhamdulillah, pada entri yang lalu, saya telah memberikan sedikit pengenalan tentang ilmu mirath ataupun lebih di kenali sebagai ilmu faraidh di kalangan masyarakat Malaysia kini. Insyaallah bi iznillah, pada kali ini saya akan memberikan sebahagian besar penerangan tentang istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu mirath.

ISTILAH-ISTILAH KHUSUS DI DALAM ILMU MIRATH.


1) (الفرض) Al-Fard : bermaksud bahagian atau kadar yang telah di tetapkan oleh syarak kepada pewaris seperti yang telah di tetapkan di dalam Al-Quran. Contohnya : 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6. Tiada tambahan kecuali pada (الرد) rod, dan tiada pengurangan kecuali pada (العول) uul.

2) (السهم) As-Saham : bermaksud bahagian yang diberi kepada setiap pewaris daripada asal masalah yang boleh di ambil darinya tanpa meninggalkan baki harta.

3) (التركة) At-Tirkah : bermaksud harta peninggalan si mati dalam bentuk duit ataupun barang-barang yang berkaitan dengan si mati.

4) (الجمع و العدد) Al-Jam'u Al-'adad : dimaksudkan di dalam ilmu mirath adalah penambahan bilangan pewaris. Contoh : 2 orang anak perempuan atau 3 atau lebih dan sebagainya.

5) (الفرع) Al-Furu' : di dalam ilmu mirath al-furu' dikenali sebagai waris-waris si mati dari anak hingga ke bawah. Contoh : anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan hingga ke bawah.
- (فروع الأبوين) : adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan si mati, seibu sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
- (فروع الجدين) : bapa saudara si mati seibu sebapa atau sebapa sahaja, anak-anak mereka hingga ke bawah.

6) (الأصل) Al-Aslu : bermaksud waris-waris si mati dari kedua ibu bapa, datuk sebelah bapa (الأجداد الصحاح) , nenek sebelah bapa (الجدات الصحيحات) hingga ke atas.

7) (العصبة) Al-'asobah : bermaksud pewaris tertentu yang memiliki kuasa untuk mengambil atau memiliki semua bahagian harta pusaka dan mengambil baki setelah di bahagi-bahagikan harta pusaka kepada ashabul furd (أصحاب الفروض) sekiranya ada.

8) (الادلاء) Al-Idlak : bermaksud hubungan dengan si mati secara langsung seperti bapa, ibu, anak-anak si mati, ataupun secara perantaraan seperti cucu lelaki kepada anak lelaki, cucu perempuan kepada anak lelaki hingga ke bawah.

9) (الحجب) Al-Hijab : bermaksud penghalang kepada seseorang waris itu untuk mewarisi harta si mati sebahagian atau semua sekali sekiranya wujud orang yang lebih layak mewarisinya menurut syarak. Contohnya, anak lelaki akan menghijab cucu lelaki dan sebagainya.

bersambung....

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP