Friday, July 10, 2009

MIRATH | EPI 2

SEBAB-SEBAB PEWARISAN DI DALAM ISLAM.

Alhamdulillah segala pujian di panjatkan kehadrat illahi kerana pada kali ini dapat lagi ana mencoretkan sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Pada episod yang lalu ana lebih membincangkan tentang beberapa istilah yang wujud di dalam ilmu mirath itu. Insyaallah, pada kali ini kita sama-sama meneliti tentang sebab pewarisan dalam islam.
Syariat islam telah mengariskan 3 sebab seseorang itu boleh mewarisi harta. Pertamanya dengan sebab ( الزوجية ) perkahwinan, dan yang keduanya dengan sebab ( القرابة ) keturunan (ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah) , dan yang ketiganya dengan sebab ( الولاء ) wasiat.

Sebab pewarisan dalam islam yang pertama ialah perkahwinan, perkahwinan yang dimaksudkan di sini ialah perkahwinan atau nikah yang sohih, samada mereka sudah bersetubuh ataupun belum. Sekiranya perkahwinan atau nikah yang fasid (nikah yang rosak) maka mereka tidak boleh mewarisi harta di antara satu sama lain.

Syarat-Syarat pewarisan di antara suami isteri.

1) Berlakunya perkahwinan pada akad nikah yang sohih iaitu akad nikah yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat nikah.

2) Hubungan perkahwinan itu kekal sehingga waktu kematian suami atau isteri secara hakikat atau secara hukum. Secara hakikat yang dimaksudkan di sini ialah tidak berlakunya talak ataupun fasakh di antara suami isteri sehingga matinya salah seorang dari mereka. Manakala secara hukum pula terbahagi kepada 2 keadaan :
1-Suami mentalakkan isterinya dengan talak raji'i ( طلاق الرجعي ) iaitu talak yang boleh dirujuk ketika isteri di dalam 'edah, dan pada masa yang sama matinya salah seorang dari mereka ketika dalam 'edah penceraian. Talak raji'i tidak akan memutuskan hubungan perkahwinan di antara mereka berdua selama mana si isteri di dalam 'edah, dengan sebab itu proses pewarisan akan tetap berlaku di antara mereka berdua.
2-Hal yang kedua ialah suami mentalakkan isterinya dengan talak bain ( طلاق البائن ) iaitu talak yang tidak boleh dirujuk, proses talak itu berlaku ketika suami itu sakit dan membawa kepada kematian, dan talak itu berlaku tanpa redho isteri. Talak ini di namakan talak far ( طلاق الفار ) ia bermaksud untuk mengelak si isteri dari mewarisi harta si suami. Pada pandangan mazhab hanafi si isteri masih berhak mewarisi harta selagi mana dia di dalam 'edah, jika tamat tempoh 'edah si isteri maka ia tidak boleh mewarisinya (rujuk kitab : الاختيار لتعليل المختار jilid 3 m/s 143-144). Pada pandangan mazhab syafie pula talak bain menyebabkan putusnya pertalian perkahwinan yang menyebabkan pewarisan. Pada mereka tiada bezanya talak dengan akad nikah yang sohih ataupun talak si suami ketika sakit yang menyebabkan kematian (rujuk kitab : التهذيب في فقه الشافعي للبغوي). Dan adapun matinya si isteri sebelum suami di dalam hal ke dua yang di bincangkan tadi maka suami tidak dapat mewarisi harta si isteri, hukum ini tiada khilaf di antara ulamak.

Bersambung....

1 Spekulasi:

~PakKaramu~ August 3, 2009 at 8:48 PM  

Salam ziarah dari Pak Karamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP