Tuesday, December 22, 2009

KULLU NAFSIN ZAIKOTUL MAUT....

Semalam selepas penat mentelaah, jari-jari ini ligat menekan papan kekunci komputer, aku membuka laman sosial (facebook) milik aku. Mata ini menjeling sebaris mesej dari along menyatakan Paman Khairi dalam keadaan tenat dan sekarang berada di Hospital. Mesej yang yang di hantar along aku tatap berulang-ulang kali, seakan masih tidak memahami kandungan mesej itu. "fiz doakan paman khairi yer..dia tenat kat hospital sekarang nie". ada lagi.. "paman ngan bik da (mak cik aku) biasa buat check-up kesihatan every 6 months..so awal bulan haritu dia org buat...keputusan kat kidney paman ok dlm range lagi..tapi kat urine ada bacaan...bila buat pemeriksaan lanjut..ada ketumbuhan dlm kidney dia..hari khamis lepas x silap along, dia buat operation..along tengok hari jumaat..hari ahad petang masuk wad..mlm tu muntah...pagi tadi dlm 5 lebih....denyutan nadi dh takde...alhamdulilah ada doktor kat situ sempat bagi oksigen..sekarang nie doktor tengah usaha yg terbaik untuk paman...". Aku terkedu setelah memahaminya.

Tadi pagi, tepat jam 9 pagi waktu Mesir, Kak ija menghantar mesej melalui Yahoo Messenger mengatakan Paman Khairi tiada harapan, malam ini bantuan pernafasannya akan di tanggalkan tetapi tunggu Fatin (anak perempuan Paman Khairi) balik dari London dahulu pesan Bik Dah. Setelah aku puas membaca, air mata ini meleleh tidak berhenti-henti. Harapan untuk menemui Paman tidak kesampaian. Lalu ku hubungi talifon bimbit along untuk bertanyakan hal yang sebenar. Aku bercakap dengan emak untuk bertanyakan hal Paman Kahiri, di sudut perbualan kami, aku terdengar suara Bik Dah sedang berbual-bual. Aku meminta izin dari emak untuk bercakap dengan Bik Dah. sambil menahan perasaan hiba aku memberi kata-kata semangat kepada Bik Dah, tetapi aku sendiri yang tidak dapat menahan sebak. Aku memutuskan untuk hubungi mereka kemudian. Insyaallah akan ku hubungi mereka nanti.

Tabahnya hati Bik Dah dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, dia mampu untuk menerima dugaan ini. Ku doakan semoga segala urusannya dipermudahkan Allah S.W.T. "Ya ALLAH yang Maha Mendengar, KAU ampunilah segala dosa-dosa Paman Khairi. Permudahkanlah segala urusannya, jika KAU tentukan harinya ini untuk bertemu-MU, KAU sambutlah rohnya dengan cara yang paling baik, letakkanlah rohnya bersama ahli-ahli syurga. Sesungguhnya kami mengerti kematian itu benar, kami mengerti akhirat itu benar, kami mengerti pada mahsyar itu benar, kami mengerti titian sirot itu benar. Sesungguhnya ENGKAUlah Tuhan sekalian alam." Amin.. Ya Robbal 'Alamin..

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP