Thursday, December 30, 2010

Imbauan...

ِالسلام عليكم و رحمة الله
Lama rasanya tak mengisi blog ini dengan entry-entry terbaru. Tiba-tiba pagi Jumaat yang mulia ni rasa macam nak menulis sesuatu. Setelah berpinar-pinar melihat tulisan diatas kertas, tiba-tiba mataku terpandang satu nama yang tidak asing lagi dengan diri dan blog ini. Beliau sebenarnya yang membuat dan mengajar aku untuk berblog atas tujuan ilmu. Blog ini dicipta 4 tahun lepas ketika kali pertama kaki ku menjejakkan bumi barokah ini.

Almarhum Hidayatus saufee bin Khalid, seorang sahabat karibku yang memiliki jiwa besar dalam memperjuangkan agama islam. Dia banyak menolong aku suatu ketika dahulu, kini dia sudah tiada. Entry tentang pemergiannya pernah aku postkan sebelum ini. Aku sudah berada di tahun akhir setelah 4 tahun setengah mengutip mutiara ilmu di bumi Mesir ini. Pastinya kenangan aku dan dia sudah menjadi memori yang manis buat diriku. Terlalu banyak kenangan. Aku sentiasa mendoakan agar dia ditempatkan bersama-sama ahli syurga. Amin.

Read more...

Saturday, September 18, 2010

kau mendahului kami..

Pagi tadi, selepas meneliti ayat-ayat Al-quran yang indah, aku terus menekan-nekan papan kekunci untuk membuka sesuatu. Akhirnya terpapar satu ruangan laman sosial yang lebih dikenali ramai sebagai Facebook. Mata aku terpanar melihat satu mesej yang agak menyedihkan dari along tentang dia. Mesej yang menyatakan bahawasanya dia sudah pergi meninggalkan kami sanak saudaranya.

"salam fiz.....nak beritahu ni....farhan dh kembali ke rahmatullah....semoga rohnya dicucuri rahmat...." - Along.

Sebak sungguh dada ini bila membacanya. Sedang air mata ini mengalir tiba-tiba fikiranku melayang mengimbau sejarah lama. Sejarah kanak-kanak bersama, aku sering pulang ke kampung untuk bertemu sanak saudara. Hakeem, Rashid, Hadi, Farhan, Fatin, Kak Yani, Iwan dan lain-lain diantara sepupu-sepupu rapatku yang seringku bersama menempuh alam kanak-kanak. Gelak ketawa mereka masih segar dalam ingatan ini walaupun ia sudah berlalu hampir 15 tahun yang lalu. Akhir pertemuanku dengannya semasa kami sekolah rendah. Lama sungguh bukan? itulah hakikatnya takdir Allah yang tersirat. Kini dia sudah tiada, tidak ku sangka dia mendahului kami tatkala usianya masih muda. Semoga Rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman di Syurga Allah yang kekal abadi.

Mohd Farhan Bin Mohd Rafinie dalam kenangan.

:((

Read more...

Kesekian Kalinya....


Assalamualaikum..

Apa Khabar sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah sekalian?, harapnya antum sihat sahaja. Lama benar rumah ini tidak ana jenguk dek tanggungjawab yang lebih aula untuk dilaksanakan. Kewajipan manusia ini sesungguhnya sangat banyak untuk dilunaskan berbanding masa yang ada. Seperti kata hukamak ini :

الواجبات أكثر من الأوقات

(Kewajipan yang ada lebih banyak berbanding masa yang ada)

Tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya kita jarang bertemu di ruangan ini. Ohhh!! hampir terlupa ana. Rasanya belum terlambat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ummat islam, moga-moga Syawal kali ini memberi 1001 makna pada diri kita. Insya Allah..

تقبل الله منا و منكم صالح الأعمال


Read more...

Saturday, January 2, 2010

Ia benar, Hafiz...!!!

Selepas pemergian Pak Cik ku pada hari jumaat yang lalu, aku di kejutkan lagi dengan berita yang menyayat hati. Berita ini diketahui oleh ku ketika sedang menikmati juadah makan malam bersama Dzulhilmi Roslan. Seseorang menghubungi Dzul mengatakan seorang sahabat kami sudah kembali kerahmatullah. Didalam kotak fikiranku telah mengagak siapa yang dimaksudkan. Benar, aku perlu menerima ia sebagai kenyataan. Tepat jam 4:15 pagi waktu Malaysia bersamaan 10:15 malam waktu Mesir sahabatku Hidayatus Saufi telah dijemput ALLAH S.W.T kembali kerahmatullah. Aku seperti tidak percaya ianya berlaku, hangatnya seperti semalam aku baru berbual dengan beliau.

Cepat benar dikau pergi meninggalkan kami. Tanpa sebarang tanda untuk pertemuan yang akan datang. Pastinya aku benar-benar merindui ukhuwah ini yang tersimpul rapi. Kisah manis silam yang masih segar di ingatan tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Terima kasih Saufi diatas jasa-jasamu. Semoga ALLAH menempatkan dikau bersama ahlul jannah. Air mata ini pastinya akan sentiasa mengalir mengenangkan ukhuwah kita yang terpaut ini. Dedikasi buat sahabatku Saufi.

Berita lanjut di sini http://aljauhar-berita.blogspot.com/2010/01/hidayatussaufi-di-unit-rawatan.html

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP