Saturday, September 18, 2010

kau mendahului kami..

Pagi tadi, selepas meneliti ayat-ayat Al-quran yang indah, aku terus menekan-nekan papan kekunci untuk membuka sesuatu. Akhirnya terpapar satu ruangan laman sosial yang lebih dikenali ramai sebagai Facebook. Mata aku terpanar melihat satu mesej yang agak menyedihkan dari along tentang dia. Mesej yang menyatakan bahawasanya dia sudah pergi meninggalkan kami sanak saudaranya.

"salam fiz.....nak beritahu ni....farhan dh kembali ke rahmatullah....semoga rohnya dicucuri rahmat...." - Along.

Sebak sungguh dada ini bila membacanya. Sedang air mata ini mengalir tiba-tiba fikiranku melayang mengimbau sejarah lama. Sejarah kanak-kanak bersama, aku sering pulang ke kampung untuk bertemu sanak saudara. Hakeem, Rashid, Hadi, Farhan, Fatin, Kak Yani, Iwan dan lain-lain diantara sepupu-sepupu rapatku yang seringku bersama menempuh alam kanak-kanak. Gelak ketawa mereka masih segar dalam ingatan ini walaupun ia sudah berlalu hampir 15 tahun yang lalu. Akhir pertemuanku dengannya semasa kami sekolah rendah. Lama sungguh bukan? itulah hakikatnya takdir Allah yang tersirat. Kini dia sudah tiada, tidak ku sangka dia mendahului kami tatkala usianya masih muda. Semoga Rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman di Syurga Allah yang kekal abadi.

Mohd Farhan Bin Mohd Rafinie dalam kenangan.

:((

Read more...

Kesekian Kalinya....


Assalamualaikum..

Apa Khabar sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah sekalian?, harapnya antum sihat sahaja. Lama benar rumah ini tidak ana jenguk dek tanggungjawab yang lebih aula untuk dilaksanakan. Kewajipan manusia ini sesungguhnya sangat banyak untuk dilunaskan berbanding masa yang ada. Seperti kata hukamak ini :

الواجبات أكثر من الأوقات

(Kewajipan yang ada lebih banyak berbanding masa yang ada)

Tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya kita jarang bertemu di ruangan ini. Ohhh!! hampir terlupa ana. Rasanya belum terlambat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ummat islam, moga-moga Syawal kali ini memberi 1001 makna pada diri kita. Insya Allah..

تقبل الله منا و منكم صالح الأعمال


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP