Saturday, September 18, 2010

kau mendahului kami..

Pagi tadi, selepas meneliti ayat-ayat Al-quran yang indah, aku terus menekan-nekan papan kekunci untuk membuka sesuatu. Akhirnya terpapar satu ruangan laman sosial yang lebih dikenali ramai sebagai Facebook. Mata aku terpanar melihat satu mesej yang agak menyedihkan dari along tentang dia. Mesej yang menyatakan bahawasanya dia sudah pergi meninggalkan kami sanak saudaranya.

"salam fiz.....nak beritahu ni....farhan dh kembali ke rahmatullah....semoga rohnya dicucuri rahmat...." - Along.

Sebak sungguh dada ini bila membacanya. Sedang air mata ini mengalir tiba-tiba fikiranku melayang mengimbau sejarah lama. Sejarah kanak-kanak bersama, aku sering pulang ke kampung untuk bertemu sanak saudara. Hakeem, Rashid, Hadi, Farhan, Fatin, Kak Yani, Iwan dan lain-lain diantara sepupu-sepupu rapatku yang seringku bersama menempuh alam kanak-kanak. Gelak ketawa mereka masih segar dalam ingatan ini walaupun ia sudah berlalu hampir 15 tahun yang lalu. Akhir pertemuanku dengannya semasa kami sekolah rendah. Lama sungguh bukan? itulah hakikatnya takdir Allah yang tersirat. Kini dia sudah tiada, tidak ku sangka dia mendahului kami tatkala usianya masih muda. Semoga Rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman di Syurga Allah yang kekal abadi.

Mohd Farhan Bin Mohd Rafinie dalam kenangan.

:((

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP