Wednesday, April 20, 2011

Dendam Positive

Assalamualaikum.. kaifa halukum jami'an? wa arju minkum fi sihah wal aman.. tiba-tiba pulak malam ni rasa nak kongsi sesuatu dengan anda semua tentang tajuk yang saya ukirkan di atas. Kita tahu dendam ini membawa maksud negatif selalu, tetapi kadang-kadang dendam ini akan bertukar menjadi sesuatu yang baik. Saya nak bawa 1 cerita tentang seorang pemuda yang bekerja di syarikat petrolium di Arab Saudi sebagai pembantu am rendah.

Satu hari pemuda ini terasa amat dahaga semasa bekerja, dan dalam masa yang sama tempat pemuda bekerja ini sangat susah untuk mendapatkan bekalan air minuman. Lalu lelaki ini berjalan-jalan di sekitar tempatnya bekerja untuk mendapatkan air. Sampailah di suatu tempat di bilik pegawai atasan pemuda ini telah terlihat sebotol air minuman yang dingin. Baru sahaja pemuda ini nak menonggak air sejuk, tiba-tiba pemuda itu telah ditegur oleh seorang lelaki berbangsa amerika yang merupakan pegawai atasan di syarikat itu. "Kamu tidak boleh minum air itu, air itu hanya untuk orang-orang atasan sahaja, kamu tak layak untuk meminumnya" kata pegawai itu dengan sombongnya.

Kemudian pemuda itu beredar dari tempat itu. Dia merasakan dirinya dihina oleh orang asing di negara sendiri. Pemuda itu telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di luar negara sehinggalah sampai peringkat yang tertinggi di dalam bidang kejuruteraan. Kemudian pemuda itu pulang ke tanah airnya dan memohon pekerjaan di syarikat petrolium yang pernah beliau bekerja dahulu sebagai pembantu am rendah. Beliau telah bekerja bersungguh-sungguh sehingga menjawat jawatan tertinggi di Syarikat Petrolium itu dan beliau juga telah mencipta sejarah anak tempatan yang pertama pernah menjawat jawatan tertinggi itu, iaitu sebagai presiden syarikat minyak dan petrolium di Arab Saudi, maaflah saya terlupa nama syarikat itu. Satu hari jurutera berbangsa amerika yang pernah memarahi beliau kerana ingin meminum air sejuk dahulu telah meminta cuti dari beliau untuk pulang ke kampung halaman seraya berkata " Tuan saya ingin meminta cuti dan saya berharap tuan tidak memberikan jawapan setimpal dengan apa yang pernah saya lakukan pada tuan dahulu". Beliau menjawab "Aku tidak akan memarahi engkau, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada engkau, kerana selepas engkau mengherdik aku sebegitu rupa, aku telah berdendam kepada engkau dengan dendam positif supaya aku berubah untuk berjaya, alhamdulillah dengan izin tuhan kini aku berjaya". Dan sekarang beliau telah menjadi menteri hasil minyak dan petrolium di Arab Saudi. Beliau yang dimaksudkan ialah Syeikh Ali ibnu Ibrahim An Na'imi.

Ini merupakan kisah benar yang kita boleh jadikan tauladan di dalam kehidupan kita untuk berjaya. Bukanlah jawatan yang hendak dikejar tetapi kebaikkan itulah yang ingin dicari di dalam situasi kita perlukan perubahan. Dari lemah kepada baik, dari baik kepada amat baik, dari amat baik kepada cemerlang. Agar cemerlang kita itu adalah cemerlang dunia dan akhirat. amin.

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP