Friday, April 1, 2011

Warash Thaniah, Tanta.

Hari ini sudah menjengah 2 April. Pastinya hari-hari terakhirku disini akan muncul kemudian. Insya Allah tanggal 26 April bakal bertamu untuk menjemputku pulang ke teratakku Bumi Badhawi. Bila diri ini bersendirian hati ini mulalah disapa kerinduan. Rindukan suasana disana. Suasana menuntut ilmu, suasana bermasyarakat, suasana berjalan-jalan.

Ramai kawan-kawan dah balik kepangkuan rumah yang ditinggalkan sementara disana. Aku pula masih disini menanti masa itu tiba. Tetapi sebelum aku pulang, aku ingin jadikan niatku selama ini tertunai. Semoga ia pemangkin untuk tamatkan pengajianku diperingkat ijazah yang berbaki satu fatrah lagi.

Walaupun pengajianku diperingkat ijazah bakal tamat dengan izin Allah tetapi tugas untuk menuntut tidak akan terhenti disitu. Selagi jasad dikandung badan, selagi hayat dikandung nyawa, belajar tetap belajar bak sabda baginda nabi "Tuntut ilmu dari atas buaian hingga ke liang lahad". Dah kahwin pun kena belajar lagi, sebab ilmu ini pelbagai, tak kira masa, tak kira tempat, tak kira siapa. Ilmu rumah tangga bagi yang nak berkeluarga, ilmu pekerjaan bagi yang bekerja, ilmu akhirat bagi semua umat manusia.

Emm.. jam di skrin menunjukkan waktu di Batu Pahat sudah mencecah 9:24 pagi. Rasa nak buat kerja lain pulak. Semoga bilikku disana dalam keadaan baik-baik saja.

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP