Thursday, July 28, 2011

Eksplorasi Matruh & Siwa Oasis '11



Alhamdulillah, dengan izin tuhan, aku berjaya merentasi padang pasir untuk kali kedua ke Matruh dan Siwa Oasis satu tempat yang pernah aku kesana pada tahun 2007. Itulah kali pertama aku sampai di sana. Setelah tamatnya imtihan, aku cuba merancang percutian ini dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah Matruh dan Siwa Oasis menjadi tempat aku menghayati keindahan ciptaan illahi.



Program yang dianjurkan oleh Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta dengan bermatlamatkan mencari sinar hikmah di Matruh dan Siwa Oasis kebiasaannya akan diadakan setiap tahun selepas tamatnya peperiksaan. Walaupun pelbagai rintangan yang melanda tetapi perjalanan ke sana tetap diteruskan juga.

Bertolak dari Tanta jam 12 malam kemudian tiba di 'Alami untuk solat subuh (kawasan perang dunia ke-2) 'Alami bermaksud 2 buah negara besar yang berperang, siapa tahu?. Bertolak ke Matruh dan tiba pada pukul 9:30 pagi. Pada petangnya pula ke Pantai Cleopatra, melalui Pantai Qubaid dan ke Pantai 'Ajibah. Keesokkan paginya ke Siwa Oasis, bertolak dari Matruh pada pukul 6 pagi dan tiba di sana pada pukul 10 pagi. Bertolak balik dari Siwa Oasis ke Bumi Tanta pada pukul 5 petang dan tiba di Bumi Tanta pada pukul 2:30 pagi.

Jika anda berminat untuk melihat gambar-gambar di sana silalah klik link ini di sini : Eksplorasi Matruh dan Siwa Oasis '11

Read more...

Wednesday, June 29, 2011

Qari Besar Mesir Meninggal Dunia




MESIR
, 24 Jun: Qari tersohor di Mesir, Syeikh Abu Enein She'sha telah meninggal dunia petang semalam, khamis pada umur 89 tahun.

Syeikh Abul Enein, telah dilahirkan di bandar Bella, di Muahafazah Kafr Al-Syeikh pada 12 Ogos 1922. Beliau merupakan anak yang kedua belas dalam keluarganya, dan telah mula memperdengarkan bacaannya pada satu majlis yang di adakan di Mansurah pada 1936.

Syeikh telah memasuki Radio mesir pada tahun 1939, selepas terkesan dengan Syeikh Muhammad Rif'at, atas pertolongannya, untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan yang ditinggalkan oleh Syeikh Muhammad Rif'at.

Syeikh Abul Enein membaca dengan gaya bahasa tersendiri dan unik bermula daripada pertengahan 40-an. Beliau juga merupakan Qari Mesir pertama yang pernah membaca di Masjid Al-Aqsa, ketika era Syria dan 'Iraq dalam tahun 50-an. Belaiu mengalami sakit pada bahagian suaranya dalam tahun 60-an, namun sembuh selepas itu dan kembali memperdengarkan bacaannya.

Syeikh Abul Enein telah menjadi Qari di Masjid Umar Mukarram pada tahun 1969, kemudian di Masjid Sayyidah Zainab sejak tahun 1992, dan Syeikh bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kesatuan Qari-Qari pada tahun 70-an bersama Qurra' yang besar seperti Syeikh Mahmud Ali
Banna, dan Syeikh Abdul Basit bin Abdul Samat dan beliau telah dipilih sebagai ketua pada tahun 1988.

Beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Dekan Institut antarabangsa bagi hafalan al-Quran, ahli Lajnah Penilai dan Ujian Pembaca dan Panel bagi radio dan televisyen, ahli Jawatankuasa Tinggi Al-Quran di Kementrian Wakaf dan ahli Jawatankuasa pembinaan masjid di Kaherah.

Beliau juga pernah menerima pingat daripada Iraq, Lubnan, Syria dan Palestin, Turki, Somalia, Pakistan, UAE dan sebahagian negara-negara Islam yang lain.

Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama Para Auliya' dan Golongan yang Soleh. Al-Fatihah.

Sumber : http://map2care.blogspot.com/2011/06/qari-besar-mesir-meninggal-dunia.html

Read more...

Sunday, June 26, 2011

bara'a - kisah gadis yang menyayat hati



Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.


Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…


Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.[video di bawah]

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.

Inilah lagu yg dinyanyikan oleh si cilik Bara’a

Terjemahan:

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser tlh melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk teruhttp://www.blogger.com/img/blank.gifs hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un...

anda boleh melihat video-videonya di youtube.. klik disini


Sumber : http://katib.wordpress.com/2010/01/15/inspirational-story-of-%E2%80%9Cbara%E2%80%99a%E2%80%9D-2/

Read more...

my new site for my precious gallery


announcement..!!!

announcement..!!!


would you like to see my worse opus..

come... view it here

Read more...

Saturday, June 25, 2011

Muslimah Ya An-Nisa'


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Read more...

Aduhai~~


Tengok tajuk pon dah pelik. Semangat aku tengah down 'giler'. Tengoklah.. jap lagi nak exam pon sempat lagi conteng perkara yang bukan-bukan. Hmmm.. tadi sempat telepon mak, baru cakap pada mak jap lagi nak periksa, mak aku terus cakap : "Ni mak amek yassin ni, mak bacakan yassin supaya apis mudah menjawab". Aduhai, terus mengalir air mata aku tiba-tiba. Teringat kisah lama sewaktu aku dibangku sekolah, selalu jer buat mak aku sedih, kalau nak diceritakan memang sah aku tak leh nak jawab exam jap lagi. T_T

Ya Allah, berilah aku kekuatan dan permudahkanlah aku menjawab soalan sebentar lagi. Ya Allah, tempatkan ibu bapaku serta ibu bapanya di syurga-Mu Ya Allah. Amin.

Read more...

Sunday, June 19, 2011

Lampukan hati kita..


Pagi ini tenang di Bumi Sidi Badhawi, sudah berlalu satu subjek untuk peperiksaan akhirku di sini. Harap-harapnya natijah yang ku genggam nanti akan memberikan seribu satu sinar buat hidupku. Emm, pagi ni tiba-tiba rasa nak bekarya lagi. Semalam setelah selesai mentelaah kitab, aku mengambil handphone di sisi dan terus menangkap gambar objek yang tidak jauh dari tempat aku duduk. Gambar yang penuh makna tersurat dan tersirat disebalik penciptaannya.

Ya, lampu yang bersifat menerangi. Apa yang boleh kita tafsirkan dengan hasil kewujudannya?. Adakah sebagai objek yang menerangi suasana gelap semata-mata?. Apa-pun tafsirannya, lampu tetap berharga untuk dimiliki.

Hidup ini perlukan cahaya, hatta orang buta sekalipun memerlukan cahaya dalam simfoni kehidupannya. Sebagai umat islam kita harus percaya petunjuk Allah S.W.T itulah cahaya hakiki untuk kita menggapai makna ta'abud pada-Nya. Terangilah hati kita yang terletak disudut yang sempit itu dengan cahaya Al-Qur'an.

Read more...

Wednesday, June 15, 2011

Hati wanita



Pernahkah kita sebagai seorang lelaki memahami keadaan selok belok hati wanita?. Timbulnya persoalan dibenak pemikiran apabila seringkali diri melukai hati wanita yang rapat denganku. Hati perempuan ini mudah tersentuh dengan pelbagai cara. Sebagai seorang lelaki harusnya memahami apa kehendak yang diinginkan. Perlu sentiasa mengalah dan perlu sentiasa beralah. Sebab itulah Allah S.W.T berfirman dalam al-quran yang mafhumnya berbunyi "lelaki itu pelindung para wanita".

Sememangnya kita hidup di dunia ini tidak terlepas dari berpasangan, itulah lumrah kehidupan yang Allah S.W.T ciptakan pada setiap makhluknya yang bernyawa. Pernahkah kita bersyukur dengan semua nikmat ini?. Kadang-kadang akal pernah terfikir, "Aku bersyukur dengan keadaanku sekarang. Aku dilahirkan dalam keadaan islam, diberi kesempatan untuk merasai apa itu erti cinta dan menikmati segala nikmat-nikmat yang Allah S.W.T hujankan di dunia ini. Jikalah aku dilahirkan dalam agama bukan islam, tambahan lagi pada zaman-zaman peperangan yang mana agama islam belum sampai dinegara-negara yang kuat pemerintahan kristinisasinya, dimanakah aku ingin dapatkan cahaya kebenaran itu?". Bersyukur bukan?.

Maaf, rasa seperti menyimpang jauh dengan topik yang ingin dikongsikan tetapi sebenarnya ia berkaitan. Aku bersyukur dapat menikmati erti kasih sayang dengan manusia. Kesimpulannya, jagalah hubungan kasih sayang yang Allah S.W.T anugerahkan kepada kita ini dengan sebaik mungkin.


Aku sentiasa menyanyangi dia.


Muhamad Hafiz Esa,
15 Jun 2011,
8:24 mlm,
Tanta.

Read more...

Sunday, June 12, 2011

Thru the exam by the lens...

Assalamualaikum dan selamat pagi, jam sudah menunjukkan waktu di Tanta bertepatan pada angka 6. Rasanya nak tulis secepat dan sesegera yang mungkin. Yelah.. masa itu berhargakan. Hari sabtu ini saya akan menghadapi peperiksaan akhir dan seperti biasa bila munculnya peperiksaan maka terbitlah hobi-hobi yang pelik ni. Hobi menangkap dan menterjemahkan gambar melalui pandangan hati. Mungkin pada orang lain ia tidak secantik mana tetapi tidak pada penglihatan yang dianugerahkan ini. Sebelum terlupa ini semua hasil dari kamera handphone je (Nokia 5800 XpressMusic - Carl Zeiss). Lihatlah diantara hasil-hasilnya...



lagi...





dan ini pulak...





bagaimana yang ini??




ok.. karya yang lain-lain anda boleh lihat di sini

Read more...

Wednesday, April 20, 2011

Dendam Positive

Assalamualaikum.. kaifa halukum jami'an? wa arju minkum fi sihah wal aman.. tiba-tiba pulak malam ni rasa nak kongsi sesuatu dengan anda semua tentang tajuk yang saya ukirkan di atas. Kita tahu dendam ini membawa maksud negatif selalu, tetapi kadang-kadang dendam ini akan bertukar menjadi sesuatu yang baik. Saya nak bawa 1 cerita tentang seorang pemuda yang bekerja di syarikat petrolium di Arab Saudi sebagai pembantu am rendah.

Satu hari pemuda ini terasa amat dahaga semasa bekerja, dan dalam masa yang sama tempat pemuda bekerja ini sangat susah untuk mendapatkan bekalan air minuman. Lalu lelaki ini berjalan-jalan di sekitar tempatnya bekerja untuk mendapatkan air. Sampailah di suatu tempat di bilik pegawai atasan pemuda ini telah terlihat sebotol air minuman yang dingin. Baru sahaja pemuda ini nak menonggak air sejuk, tiba-tiba pemuda itu telah ditegur oleh seorang lelaki berbangsa amerika yang merupakan pegawai atasan di syarikat itu. "Kamu tidak boleh minum air itu, air itu hanya untuk orang-orang atasan sahaja, kamu tak layak untuk meminumnya" kata pegawai itu dengan sombongnya.

Kemudian pemuda itu beredar dari tempat itu. Dia merasakan dirinya dihina oleh orang asing di negara sendiri. Pemuda itu telah membuat keputusan untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di luar negara sehinggalah sampai peringkat yang tertinggi di dalam bidang kejuruteraan. Kemudian pemuda itu pulang ke tanah airnya dan memohon pekerjaan di syarikat petrolium yang pernah beliau bekerja dahulu sebagai pembantu am rendah. Beliau telah bekerja bersungguh-sungguh sehingga menjawat jawatan tertinggi di Syarikat Petrolium itu dan beliau juga telah mencipta sejarah anak tempatan yang pertama pernah menjawat jawatan tertinggi itu, iaitu sebagai presiden syarikat minyak dan petrolium di Arab Saudi, maaflah saya terlupa nama syarikat itu. Satu hari jurutera berbangsa amerika yang pernah memarahi beliau kerana ingin meminum air sejuk dahulu telah meminta cuti dari beliau untuk pulang ke kampung halaman seraya berkata " Tuan saya ingin meminta cuti dan saya berharap tuan tidak memberikan jawapan setimpal dengan apa yang pernah saya lakukan pada tuan dahulu". Beliau menjawab "Aku tidak akan memarahi engkau, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada engkau, kerana selepas engkau mengherdik aku sebegitu rupa, aku telah berdendam kepada engkau dengan dendam positif supaya aku berubah untuk berjaya, alhamdulillah dengan izin tuhan kini aku berjaya". Dan sekarang beliau telah menjadi menteri hasil minyak dan petrolium di Arab Saudi. Beliau yang dimaksudkan ialah Syeikh Ali ibnu Ibrahim An Na'imi.

Ini merupakan kisah benar yang kita boleh jadikan tauladan di dalam kehidupan kita untuk berjaya. Bukanlah jawatan yang hendak dikejar tetapi kebaikkan itulah yang ingin dicari di dalam situasi kita perlukan perubahan. Dari lemah kepada baik, dari baik kepada amat baik, dari amat baik kepada cemerlang. Agar cemerlang kita itu adalah cemerlang dunia dan akhirat. amin.

Read more...

Friday, April 1, 2011

Warash Thaniah, Tanta.

Hari ini sudah menjengah 2 April. Pastinya hari-hari terakhirku disini akan muncul kemudian. Insya Allah tanggal 26 April bakal bertamu untuk menjemputku pulang ke teratakku Bumi Badhawi. Bila diri ini bersendirian hati ini mulalah disapa kerinduan. Rindukan suasana disana. Suasana menuntut ilmu, suasana bermasyarakat, suasana berjalan-jalan.

Ramai kawan-kawan dah balik kepangkuan rumah yang ditinggalkan sementara disana. Aku pula masih disini menanti masa itu tiba. Tetapi sebelum aku pulang, aku ingin jadikan niatku selama ini tertunai. Semoga ia pemangkin untuk tamatkan pengajianku diperingkat ijazah yang berbaki satu fatrah lagi.

Walaupun pengajianku diperingkat ijazah bakal tamat dengan izin Allah tetapi tugas untuk menuntut tidak akan terhenti disitu. Selagi jasad dikandung badan, selagi hayat dikandung nyawa, belajar tetap belajar bak sabda baginda nabi "Tuntut ilmu dari atas buaian hingga ke liang lahad". Dah kahwin pun kena belajar lagi, sebab ilmu ini pelbagai, tak kira masa, tak kira tempat, tak kira siapa. Ilmu rumah tangga bagi yang nak berkeluarga, ilmu pekerjaan bagi yang bekerja, ilmu akhirat bagi semua umat manusia.

Emm.. jam di skrin menunjukkan waktu di Batu Pahat sudah mencecah 9:24 pagi. Rasa nak buat kerja lain pulak. Semoga bilikku disana dalam keadaan baik-baik saja.

Read more...

Friday, March 11, 2011

Cuti Sekolah

Hari ini 12 Mac 2011, bermulalah cuti untuk insan yang bergelar pelajar sekolah. Cuti penggal ini akan berakhir seminggu dari sekarang. Pastinya waktu-waktu cuti begini mereka akan diberi kerja rumah yang banyak (macam kita dulu-dulu la......) oleh guru-guru meraka. Tak terlepas juga aku sebagai seorang guru. Pastinya anak-anak muridku akan diberi banyak latihan untuk membiasakan mereka dalam menyelesaikan masalah. Aku pernah berkata kepada mereka semasa waktu pembelajaran, untuk mahir dalam sesuatu bidang kita perlu ada 2 perkara ini iaitu menghafal formula dan sentiasa membuat latihan.

Kata-kata ini di ambil dari seorang guru ketika aku menuntut ilmu mirath dari beliau. Syeikh Ahmad Al Madah pernah menyatakan untuk mahir dalam ilmu mirath, kita perlu menghafal pembahagian furud dan juga sentiasa membuat masalah. Lalu aku praktikkannya ketika aku mengajar anak-anak muridku dalam subjek matematik. Itulah cara terbaik untuk 'kalian' berjaya wahai anak-anak muridku. Cuti yang terhidang ini manfaatkanlah ia dengan aktiviti yang berfaedah. Sebenarnya hikmah kerja rumah yang banyak itu sangat banyak yang kita sebenarnya tidak tahu. Oleh itu, pastikan kerja rumah itu dapat disiapkan sebelum fajar sekolah terbit nanti ya.

Read more...

Friday, March 4, 2011

Belajar dan mengajar...

Setelah lama aku membiarkan blog ini dengan entry yang lama. Hari ini, tiba-tiba tangan aku ingin menekan-nekan papan kekunci untuk menceritakan sesuatu. Selepas aku pulang dari Mesir akibat rusuhan yang berlaku tempoh hari. kini aku berada di Malaysia bersama keluarga tercinta.

Diam tak diam, sudah hampir sebulan aku di tanah air. Satu jangka masa yang agak lama dan masa-masa itu boleh diisi dengan pelbagai aktiviti. Masa yang terluang ini aku isi dengan pelbagai aktiviti. Lagipun aku masih berbaki 1 semester untuk menamatkan pengajianku di peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar. Jadi aku perlu memanfaatkan masa ini untuk membelek-belek kitab yang dibawa balik walaupun hanya sekadar 1 kitab.

Disamping itu, aku juga bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat yang berhampiran dengan rumah. Aku jadikan ia sebagai pengalaman yang sangat berharga. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada 'mereka' kerana memberikan aku peluang yang tidak ternilai ini walaupun aku sedar ia hanya sementara. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak didikanku di dunia dan di akhirat.

Read more...

Thursday, December 30, 2010

Imbauan...

ِالسلام عليكم و رحمة الله
Lama rasanya tak mengisi blog ini dengan entry-entry terbaru. Tiba-tiba pagi Jumaat yang mulia ni rasa macam nak menulis sesuatu. Setelah berpinar-pinar melihat tulisan diatas kertas, tiba-tiba mataku terpandang satu nama yang tidak asing lagi dengan diri dan blog ini. Beliau sebenarnya yang membuat dan mengajar aku untuk berblog atas tujuan ilmu. Blog ini dicipta 4 tahun lepas ketika kali pertama kaki ku menjejakkan bumi barokah ini.

Almarhum Hidayatus saufee bin Khalid, seorang sahabat karibku yang memiliki jiwa besar dalam memperjuangkan agama islam. Dia banyak menolong aku suatu ketika dahulu, kini dia sudah tiada. Entry tentang pemergiannya pernah aku postkan sebelum ini. Aku sudah berada di tahun akhir setelah 4 tahun setengah mengutip mutiara ilmu di bumi Mesir ini. Pastinya kenangan aku dan dia sudah menjadi memori yang manis buat diriku. Terlalu banyak kenangan. Aku sentiasa mendoakan agar dia ditempatkan bersama-sama ahli syurga. Amin.

Read more...

Saturday, September 18, 2010

kau mendahului kami..

Pagi tadi, selepas meneliti ayat-ayat Al-quran yang indah, aku terus menekan-nekan papan kekunci untuk membuka sesuatu. Akhirnya terpapar satu ruangan laman sosial yang lebih dikenali ramai sebagai Facebook. Mata aku terpanar melihat satu mesej yang agak menyedihkan dari along tentang dia. Mesej yang menyatakan bahawasanya dia sudah pergi meninggalkan kami sanak saudaranya.

"salam fiz.....nak beritahu ni....farhan dh kembali ke rahmatullah....semoga rohnya dicucuri rahmat...." - Along.

Sebak sungguh dada ini bila membacanya. Sedang air mata ini mengalir tiba-tiba fikiranku melayang mengimbau sejarah lama. Sejarah kanak-kanak bersama, aku sering pulang ke kampung untuk bertemu sanak saudara. Hakeem, Rashid, Hadi, Farhan, Fatin, Kak Yani, Iwan dan lain-lain diantara sepupu-sepupu rapatku yang seringku bersama menempuh alam kanak-kanak. Gelak ketawa mereka masih segar dalam ingatan ini walaupun ia sudah berlalu hampir 15 tahun yang lalu. Akhir pertemuanku dengannya semasa kami sekolah rendah. Lama sungguh bukan? itulah hakikatnya takdir Allah yang tersirat. Kini dia sudah tiada, tidak ku sangka dia mendahului kami tatkala usianya masih muda. Semoga Rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman di Syurga Allah yang kekal abadi.

Mohd Farhan Bin Mohd Rafinie dalam kenangan.

:((

Read more...

Kesekian Kalinya....


Assalamualaikum..

Apa Khabar sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah sekalian?, harapnya antum sihat sahaja. Lama benar rumah ini tidak ana jenguk dek tanggungjawab yang lebih aula untuk dilaksanakan. Kewajipan manusia ini sesungguhnya sangat banyak untuk dilunaskan berbanding masa yang ada. Seperti kata hukamak ini :

الواجبات أكثر من الأوقات

(Kewajipan yang ada lebih banyak berbanding masa yang ada)

Tidak mengapa, mungkin ada hikmahnya kita jarang bertemu di ruangan ini. Ohhh!! hampir terlupa ana. Rasanya belum terlambat lagi untuk ana ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua ummat islam, moga-moga Syawal kali ini memberi 1001 makna pada diri kita. Insya Allah..

تقبل الله منا و منكم صالح الأعمال


Read more...

Saturday, January 2, 2010

Ia benar, Hafiz...!!!

Selepas pemergian Pak Cik ku pada hari jumaat yang lalu, aku di kejutkan lagi dengan berita yang menyayat hati. Berita ini diketahui oleh ku ketika sedang menikmati juadah makan malam bersama Dzulhilmi Roslan. Seseorang menghubungi Dzul mengatakan seorang sahabat kami sudah kembali kerahmatullah. Didalam kotak fikiranku telah mengagak siapa yang dimaksudkan. Benar, aku perlu menerima ia sebagai kenyataan. Tepat jam 4:15 pagi waktu Malaysia bersamaan 10:15 malam waktu Mesir sahabatku Hidayatus Saufi telah dijemput ALLAH S.W.T kembali kerahmatullah. Aku seperti tidak percaya ianya berlaku, hangatnya seperti semalam aku baru berbual dengan beliau.

Cepat benar dikau pergi meninggalkan kami. Tanpa sebarang tanda untuk pertemuan yang akan datang. Pastinya aku benar-benar merindui ukhuwah ini yang tersimpul rapi. Kisah manis silam yang masih segar di ingatan tidak akan aku lupa sampai bila-bila. Terima kasih Saufi diatas jasa-jasamu. Semoga ALLAH menempatkan dikau bersama ahlul jannah. Air mata ini pastinya akan sentiasa mengalir mengenangkan ukhuwah kita yang terpaut ini. Dedikasi buat sahabatku Saufi.

Berita lanjut di sini http://aljauhar-berita.blogspot.com/2010/01/hidayatussaufi-di-unit-rawatan.html

Read more...

Tuesday, December 22, 2009

KULLU NAFSIN ZAIKOTUL MAUT....

Semalam selepas penat mentelaah, jari-jari ini ligat menekan papan kekunci komputer, aku membuka laman sosial (facebook) milik aku. Mata ini menjeling sebaris mesej dari along menyatakan Paman Khairi dalam keadaan tenat dan sekarang berada di Hospital. Mesej yang yang di hantar along aku tatap berulang-ulang kali, seakan masih tidak memahami kandungan mesej itu. "fiz doakan paman khairi yer..dia tenat kat hospital sekarang nie". ada lagi.. "paman ngan bik da (mak cik aku) biasa buat check-up kesihatan every 6 months..so awal bulan haritu dia org buat...keputusan kat kidney paman ok dlm range lagi..tapi kat urine ada bacaan...bila buat pemeriksaan lanjut..ada ketumbuhan dlm kidney dia..hari khamis lepas x silap along, dia buat operation..along tengok hari jumaat..hari ahad petang masuk wad..mlm tu muntah...pagi tadi dlm 5 lebih....denyutan nadi dh takde...alhamdulilah ada doktor kat situ sempat bagi oksigen..sekarang nie doktor tengah usaha yg terbaik untuk paman...". Aku terkedu setelah memahaminya.

Tadi pagi, tepat jam 9 pagi waktu Mesir, Kak ija menghantar mesej melalui Yahoo Messenger mengatakan Paman Khairi tiada harapan, malam ini bantuan pernafasannya akan di tanggalkan tetapi tunggu Fatin (anak perempuan Paman Khairi) balik dari London dahulu pesan Bik Dah. Setelah aku puas membaca, air mata ini meleleh tidak berhenti-henti. Harapan untuk menemui Paman tidak kesampaian. Lalu ku hubungi talifon bimbit along untuk bertanyakan hal yang sebenar. Aku bercakap dengan emak untuk bertanyakan hal Paman Kahiri, di sudut perbualan kami, aku terdengar suara Bik Dah sedang berbual-bual. Aku meminta izin dari emak untuk bercakap dengan Bik Dah. sambil menahan perasaan hiba aku memberi kata-kata semangat kepada Bik Dah, tetapi aku sendiri yang tidak dapat menahan sebak. Aku memutuskan untuk hubungi mereka kemudian. Insyaallah akan ku hubungi mereka nanti.

Tabahnya hati Bik Dah dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, dia mampu untuk menerima dugaan ini. Ku doakan semoga segala urusannya dipermudahkan Allah S.W.T. "Ya ALLAH yang Maha Mendengar, KAU ampunilah segala dosa-dosa Paman Khairi. Permudahkanlah segala urusannya, jika KAU tentukan harinya ini untuk bertemu-MU, KAU sambutlah rohnya dengan cara yang paling baik, letakkanlah rohnya bersama ahli-ahli syurga. Sesungguhnya kami mengerti kematian itu benar, kami mengerti akhirat itu benar, kami mengerti pada mahsyar itu benar, kami mengerti titian sirot itu benar. Sesungguhnya ENGKAUlah Tuhan sekalian alam." Amin.. Ya Robbal 'Alamin..

Read more...

Sunday, December 20, 2009

Sekian kalinya

Jumaat, 10 julai 2009 itulah tarikh terakhir blog ini di update, lama sungguh ku tinggalkan, pasti rindu untuk menyebarkan dakwah melalui alam maya ini semakin membara seperti berpisah dengan orang yang disayangi buat masa yang lama. Aku kuatkan hati ini untuk terus menguliti kepilan-kepilan ilmu semoga hati ini di sinari cahaya. Pengajian ilmu mirath yang aku kongsikan sebelum ini akan ku sambung dalam masa terdekat.

Hari jumaat yang lalu, 1 Muharram, umat islam menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1431. Aku menyambutnya dengan menziarahi makam-makam auliyak di sekitar kaherah. Walaupun sebelum ini aku sudah menziarahinya, tetapi kali ini aku pergi dengan seribu harapan. Agar diri yang penuh dosa ini akan menginsafi segala perbuatan. Ku sedar diri ini tidak layak, tetapi dengan nilai rahmat-Nya, ku tabahkan hati untuk memohon. Semoga batang tubuh ini dipimpin ke arah yang benar.



Lama benar blog ini tidak di kemas kini, pasti rindu benar ia pada tuannya. Aku tersenyum. Perjuangan perlu di teruskan, ilmu perlu terus di jejaki. Jarum jam melihatkan aku pada angka 9. Sampai sini sahaja rasanya jari-jari ini ingin menekan huruf-huruf di papan kekunci, kerana di saat ini ada lagi yang perlu ditelaah. Buat sahabat-sahabatku, doakan diri ini sentiasa tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan. semoga kalian berjaya dalam kehidupan sebagai penuntut ilmu.

Read more...

Friday, July 10, 2009

MIRATH | EPI 2

SEBAB-SEBAB PEWARISAN DI DALAM ISLAM.

Alhamdulillah segala pujian di panjatkan kehadrat illahi kerana pada kali ini dapat lagi ana mencoretkan sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Pada episod yang lalu ana lebih membincangkan tentang beberapa istilah yang wujud di dalam ilmu mirath itu. Insyaallah, pada kali ini kita sama-sama meneliti tentang sebab pewarisan dalam islam.
Syariat islam telah mengariskan 3 sebab seseorang itu boleh mewarisi harta. Pertamanya dengan sebab ( الزوجية ) perkahwinan, dan yang keduanya dengan sebab ( القرابة ) keturunan (ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah) , dan yang ketiganya dengan sebab ( الولاء ) wasiat.

Sebab pewarisan dalam islam yang pertama ialah perkahwinan, perkahwinan yang dimaksudkan di sini ialah perkahwinan atau nikah yang sohih, samada mereka sudah bersetubuh ataupun belum. Sekiranya perkahwinan atau nikah yang fasid (nikah yang rosak) maka mereka tidak boleh mewarisi harta di antara satu sama lain.

Syarat-Syarat pewarisan di antara suami isteri.

1) Berlakunya perkahwinan pada akad nikah yang sohih iaitu akad nikah yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat nikah.

2) Hubungan perkahwinan itu kekal sehingga waktu kematian suami atau isteri secara hakikat atau secara hukum. Secara hakikat yang dimaksudkan di sini ialah tidak berlakunya talak ataupun fasakh di antara suami isteri sehingga matinya salah seorang dari mereka. Manakala secara hukum pula terbahagi kepada 2 keadaan :
1-Suami mentalakkan isterinya dengan talak raji'i ( طلاق الرجعي ) iaitu talak yang boleh dirujuk ketika isteri di dalam 'edah, dan pada masa yang sama matinya salah seorang dari mereka ketika dalam 'edah penceraian. Talak raji'i tidak akan memutuskan hubungan perkahwinan di antara mereka berdua selama mana si isteri di dalam 'edah, dengan sebab itu proses pewarisan akan tetap berlaku di antara mereka berdua.
2-Hal yang kedua ialah suami mentalakkan isterinya dengan talak bain ( طلاق البائن ) iaitu talak yang tidak boleh dirujuk, proses talak itu berlaku ketika suami itu sakit dan membawa kepada kematian, dan talak itu berlaku tanpa redho isteri. Talak ini di namakan talak far ( طلاق الفار ) ia bermaksud untuk mengelak si isteri dari mewarisi harta si suami. Pada pandangan mazhab hanafi si isteri masih berhak mewarisi harta selagi mana dia di dalam 'edah, jika tamat tempoh 'edah si isteri maka ia tidak boleh mewarisinya (rujuk kitab : الاختيار لتعليل المختار jilid 3 m/s 143-144). Pada pandangan mazhab syafie pula talak bain menyebabkan putusnya pertalian perkahwinan yang menyebabkan pewarisan. Pada mereka tiada bezanya talak dengan akad nikah yang sohih ataupun talak si suami ketika sakit yang menyebabkan kematian (rujuk kitab : التهذيب في فقه الشافعي للبغوي). Dan adapun matinya si isteri sebelum suami di dalam hal ke dua yang di bincangkan tadi maka suami tidak dapat mewarisi harta si isteri, hukum ini tiada khilaf di antara ulamak.

Bersambung....

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP