Tuesday, December 22, 2009

KULLU NAFSIN ZAIKOTUL MAUT....

Semalam selepas penat mentelaah, jari-jari ini ligat menekan papan kekunci komputer, aku membuka laman sosial (facebook) milik aku. Mata ini menjeling sebaris mesej dari along menyatakan Paman Khairi dalam keadaan tenat dan sekarang berada di Hospital. Mesej yang yang di hantar along aku tatap berulang-ulang kali, seakan masih tidak memahami kandungan mesej itu. "fiz doakan paman khairi yer..dia tenat kat hospital sekarang nie". ada lagi.. "paman ngan bik da (mak cik aku) biasa buat check-up kesihatan every 6 months..so awal bulan haritu dia org buat...keputusan kat kidney paman ok dlm range lagi..tapi kat urine ada bacaan...bila buat pemeriksaan lanjut..ada ketumbuhan dlm kidney dia..hari khamis lepas x silap along, dia buat operation..along tengok hari jumaat..hari ahad petang masuk wad..mlm tu muntah...pagi tadi dlm 5 lebih....denyutan nadi dh takde...alhamdulilah ada doktor kat situ sempat bagi oksigen..sekarang nie doktor tengah usaha yg terbaik untuk paman...". Aku terkedu setelah memahaminya.

Tadi pagi, tepat jam 9 pagi waktu Mesir, Kak ija menghantar mesej melalui Yahoo Messenger mengatakan Paman Khairi tiada harapan, malam ini bantuan pernafasannya akan di tanggalkan tetapi tunggu Fatin (anak perempuan Paman Khairi) balik dari London dahulu pesan Bik Dah. Setelah aku puas membaca, air mata ini meleleh tidak berhenti-henti. Harapan untuk menemui Paman tidak kesampaian. Lalu ku hubungi talifon bimbit along untuk bertanyakan hal yang sebenar. Aku bercakap dengan emak untuk bertanyakan hal Paman Kahiri, di sudut perbualan kami, aku terdengar suara Bik Dah sedang berbual-bual. Aku meminta izin dari emak untuk bercakap dengan Bik Dah. sambil menahan perasaan hiba aku memberi kata-kata semangat kepada Bik Dah, tetapi aku sendiri yang tidak dapat menahan sebak. Aku memutuskan untuk hubungi mereka kemudian. Insyaallah akan ku hubungi mereka nanti.

Tabahnya hati Bik Dah dalam keadaan anak-anak yang masih kecil, dia mampu untuk menerima dugaan ini. Ku doakan semoga segala urusannya dipermudahkan Allah S.W.T. "Ya ALLAH yang Maha Mendengar, KAU ampunilah segala dosa-dosa Paman Khairi. Permudahkanlah segala urusannya, jika KAU tentukan harinya ini untuk bertemu-MU, KAU sambutlah rohnya dengan cara yang paling baik, letakkanlah rohnya bersama ahli-ahli syurga. Sesungguhnya kami mengerti kematian itu benar, kami mengerti akhirat itu benar, kami mengerti pada mahsyar itu benar, kami mengerti titian sirot itu benar. Sesungguhnya ENGKAUlah Tuhan sekalian alam." Amin.. Ya Robbal 'Alamin..

Read more...

Sunday, December 20, 2009

Sekian kalinya

Jumaat, 10 julai 2009 itulah tarikh terakhir blog ini di update, lama sungguh ku tinggalkan, pasti rindu untuk menyebarkan dakwah melalui alam maya ini semakin membara seperti berpisah dengan orang yang disayangi buat masa yang lama. Aku kuatkan hati ini untuk terus menguliti kepilan-kepilan ilmu semoga hati ini di sinari cahaya. Pengajian ilmu mirath yang aku kongsikan sebelum ini akan ku sambung dalam masa terdekat.

Hari jumaat yang lalu, 1 Muharram, umat islam menyambut kedatangan tahun baru hijriah 1431. Aku menyambutnya dengan menziarahi makam-makam auliyak di sekitar kaherah. Walaupun sebelum ini aku sudah menziarahinya, tetapi kali ini aku pergi dengan seribu harapan. Agar diri yang penuh dosa ini akan menginsafi segala perbuatan. Ku sedar diri ini tidak layak, tetapi dengan nilai rahmat-Nya, ku tabahkan hati untuk memohon. Semoga batang tubuh ini dipimpin ke arah yang benar.



Lama benar blog ini tidak di kemas kini, pasti rindu benar ia pada tuannya. Aku tersenyum. Perjuangan perlu di teruskan, ilmu perlu terus di jejaki. Jarum jam melihatkan aku pada angka 9. Sampai sini sahaja rasanya jari-jari ini ingin menekan huruf-huruf di papan kekunci, kerana di saat ini ada lagi yang perlu ditelaah. Buat sahabat-sahabatku, doakan diri ini sentiasa tabah untuk mengharungi liku-liku kehidupan. semoga kalian berjaya dalam kehidupan sebagai penuntut ilmu.

Read more...

Friday, July 10, 2009

MIRATH | EPI 2

SEBAB-SEBAB PEWARISAN DI DALAM ISLAM.

Alhamdulillah segala pujian di panjatkan kehadrat illahi kerana pada kali ini dapat lagi ana mencoretkan sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Pada episod yang lalu ana lebih membincangkan tentang beberapa istilah yang wujud di dalam ilmu mirath itu. Insyaallah, pada kali ini kita sama-sama meneliti tentang sebab pewarisan dalam islam.
Syariat islam telah mengariskan 3 sebab seseorang itu boleh mewarisi harta. Pertamanya dengan sebab ( الزوجية ) perkahwinan, dan yang keduanya dengan sebab ( القرابة ) keturunan (ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah) , dan yang ketiganya dengan sebab ( الولاء ) wasiat.

Sebab pewarisan dalam islam yang pertama ialah perkahwinan, perkahwinan yang dimaksudkan di sini ialah perkahwinan atau nikah yang sohih, samada mereka sudah bersetubuh ataupun belum. Sekiranya perkahwinan atau nikah yang fasid (nikah yang rosak) maka mereka tidak boleh mewarisi harta di antara satu sama lain.

Syarat-Syarat pewarisan di antara suami isteri.

1) Berlakunya perkahwinan pada akad nikah yang sohih iaitu akad nikah yang memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat nikah.

2) Hubungan perkahwinan itu kekal sehingga waktu kematian suami atau isteri secara hakikat atau secara hukum. Secara hakikat yang dimaksudkan di sini ialah tidak berlakunya talak ataupun fasakh di antara suami isteri sehingga matinya salah seorang dari mereka. Manakala secara hukum pula terbahagi kepada 2 keadaan :
1-Suami mentalakkan isterinya dengan talak raji'i ( طلاق الرجعي ) iaitu talak yang boleh dirujuk ketika isteri di dalam 'edah, dan pada masa yang sama matinya salah seorang dari mereka ketika dalam 'edah penceraian. Talak raji'i tidak akan memutuskan hubungan perkahwinan di antara mereka berdua selama mana si isteri di dalam 'edah, dengan sebab itu proses pewarisan akan tetap berlaku di antara mereka berdua.
2-Hal yang kedua ialah suami mentalakkan isterinya dengan talak bain ( طلاق البائن ) iaitu talak yang tidak boleh dirujuk, proses talak itu berlaku ketika suami itu sakit dan membawa kepada kematian, dan talak itu berlaku tanpa redho isteri. Talak ini di namakan talak far ( طلاق الفار ) ia bermaksud untuk mengelak si isteri dari mewarisi harta si suami. Pada pandangan mazhab hanafi si isteri masih berhak mewarisi harta selagi mana dia di dalam 'edah, jika tamat tempoh 'edah si isteri maka ia tidak boleh mewarisinya (rujuk kitab : الاختيار لتعليل المختار jilid 3 m/s 143-144). Pada pandangan mazhab syafie pula talak bain menyebabkan putusnya pertalian perkahwinan yang menyebabkan pewarisan. Pada mereka tiada bezanya talak dengan akad nikah yang sohih ataupun talak si suami ketika sakit yang menyebabkan kematian (rujuk kitab : التهذيب في فقه الشافعي للبغوي). Dan adapun matinya si isteri sebelum suami di dalam hal ke dua yang di bincangkan tadi maka suami tidak dapat mewarisi harta si isteri, hukum ini tiada khilaf di antara ulamak.

Bersambung....

Read more...

Sunday, June 28, 2009

Mirath | Epi 1

Alhamdulillah, pada entri yang lalu, saya telah memberikan sedikit pengenalan tentang ilmu mirath ataupun lebih di kenali sebagai ilmu faraidh di kalangan masyarakat Malaysia kini. Insyaallah bi iznillah, pada kali ini saya akan memberikan sebahagian besar penerangan tentang istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu mirath.

ISTILAH-ISTILAH KHUSUS DI DALAM ILMU MIRATH.


1) (الفرض) Al-Fard : bermaksud bahagian atau kadar yang telah di tetapkan oleh syarak kepada pewaris seperti yang telah di tetapkan di dalam Al-Quran. Contohnya : 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6. Tiada tambahan kecuali pada (الرد) rod, dan tiada pengurangan kecuali pada (العول) uul.

2) (السهم) As-Saham : bermaksud bahagian yang diberi kepada setiap pewaris daripada asal masalah yang boleh di ambil darinya tanpa meninggalkan baki harta.

3) (التركة) At-Tirkah : bermaksud harta peninggalan si mati dalam bentuk duit ataupun barang-barang yang berkaitan dengan si mati.

4) (الجمع و العدد) Al-Jam'u Al-'adad : dimaksudkan di dalam ilmu mirath adalah penambahan bilangan pewaris. Contoh : 2 orang anak perempuan atau 3 atau lebih dan sebagainya.

5) (الفرع) Al-Furu' : di dalam ilmu mirath al-furu' dikenali sebagai waris-waris si mati dari anak hingga ke bawah. Contoh : anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan hingga ke bawah.
- (فروع الأبوين) : adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan si mati, seibu sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
- (فروع الجدين) : bapa saudara si mati seibu sebapa atau sebapa sahaja, anak-anak mereka hingga ke bawah.

6) (الأصل) Al-Aslu : bermaksud waris-waris si mati dari kedua ibu bapa, datuk sebelah bapa (الأجداد الصحاح) , nenek sebelah bapa (الجدات الصحيحات) hingga ke atas.

7) (العصبة) Al-'asobah : bermaksud pewaris tertentu yang memiliki kuasa untuk mengambil atau memiliki semua bahagian harta pusaka dan mengambil baki setelah di bahagi-bahagikan harta pusaka kepada ashabul furd (أصحاب الفروض) sekiranya ada.

8) (الادلاء) Al-Idlak : bermaksud hubungan dengan si mati secara langsung seperti bapa, ibu, anak-anak si mati, ataupun secara perantaraan seperti cucu lelaki kepada anak lelaki, cucu perempuan kepada anak lelaki hingga ke bawah.

9) (الحجب) Al-Hijab : bermaksud penghalang kepada seseorang waris itu untuk mewarisi harta si mati sebahagian atau semua sekali sekiranya wujud orang yang lebih layak mewarisinya menurut syarak. Contohnya, anak lelaki akan menghijab cucu lelaki dan sebagainya.

bersambung....

Read more...

Saturday, June 27, 2009

الميراث والوصية الواجبة في الشريعة الاسلامية

PENGENALAN

Ilmu Mirath merupakan suatu ilmu yang amat penting kepada umat islam di dalam menguruskan harta pusaka peninggalan arwah keluarga. Takrif ilmu mirath dari sudut bahasa terbahagi kepada 2, iaitu yang pertama ( البقاء ) kekal, ini bermakna harta pusaka merupakan harta pemilikan kekal dan yang kedua ialah ( الانتقال ) berpindah, iaitu harta yang berpindah milik dari si mati kepada waris-warisnya yang masih hidup. Takrif ilmu mirath dari segi istilah pula boleh diringkaskan kepada suatu ilmu tentang kaedah-kaedah yang berkaitan dengan pengetahuan hak setiap pewaris dari harta peninggalan.


KEPENTINGAN ILMU MIRATH

Ilmu mirath mempunyai kepentingannya terhadap masyarakat islam. Salah satu kepentingannya ialah memperkuat dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan. Selain itu juga sebagai satu ketetapan di dalam menyelesaikan perbalahan manusia terhadap harta pusaka. Syariat menggalakkan agar umat islam mengetahui dan mempelajarinya.

ما روي عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : تعلموا الفرائض و علموها الناس , فانها نصف العلم , وهو أول شيء ينسى وهو أول شيء ينزع من أمتي.

Di riwayatkan dari Abu Hurairah R.A telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Pelajarilah ilmu faraidh (mirath) dan ajarkanlah ia kepada manusia, sesungguhnya ia sebahagian dari ilmu, dan ia adalah ilmu yang pertama akan dilupakan oleh manusia dan ia juga perkara pertama yang akan di tarik dari umatku.

Berdasarkan hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah tadi jelas menunjukkan sesungguhnya agama islam menggalakkan umatnya untuk mempelajarinya serta mengajarkannya.


HUKUM DAN DALIL PENSYARIATAN MIRATH.

Mempelajari ilmu mirath merupakan fardhu kifayah kepada umat islam. Berdasarkan hadith lalu yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah jelas menerangkan peri pentingnya ilmu mirath itu kepada umat islam. Ahlu fuqahak telah bersepakat di dalam menyatakan ilmu mirath telah di syariatkan, ia telah di jelaskan di dalam sumber-sumber syariat islam. Dari sumber Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan dalil-dalil makkul (akal).

1) Al-Quran : di dalam surah An-Nisaa' ayat 11, 12, 176.

2) As-Sunnah : di riwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, hadith yang telah dijelaskan di atas.


Bersambung...

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Kembali

Assalamualaikum.. Salam kasih dihulurkan buat semua, pagi ini tanggal 18 Jun 2009 merupakan hari pertama aku setelah selesai menduduki imtihan, Alhamdulillah segala pujian bagi tuhan sekelian alam yang masih memberikan aku nikmat iman dan islam, yang telah memanjangkan hayatku sehingga ke hari ini, semoga hari-hari yang telah aku lalui diberikan rahmat dari Nya. Semoga aku dan rakan-rakan berjaya di dalam imtihan yang telah di lalui dan mendapat keputusan yang cemerlang.. Amin.
Hmmm..dah lama tak mengupdate blog yang usang ni, takpela.. semoga selepas ini aku thabat dalam menulis dan dapat berkongsi ilmu dengan saudara-saudara islamku yang lain. Imtihan sudah pun selesai, bermacam-macam aktiviti dan program diadakan, ada juga dikalangan sahabat-sahabatku yang pergi menunaikan umrah, bertalaqi di Yaman, jaulah ke Turki dan macam-macam lagi, juga tak kurang hebatnya dengan kebanjiran mahasiswa yang pulang ke Tanah Air, tetapi ini tidak mematahkan semangatku untuk terus mengutip mutiara ilmu yang terhias indah di Ardu Kinanah ini. Akhirnya aku mendoakan semoga segala urusan sahabat-sahabatku dipermudahkan ALLAH S.W.T. Kepada yang bermusafir ku doakan semoga kalian selamat pergi dan selamat kembali. Semoga perjalanan kalian sentiasa di payungi rahmat ALLAH S.W.T. Amin...

Read more...

Sunday, May 10, 2009

ٍرابطتنا في الاخوة الاسلامية



اللهم انك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبّتك والتقت على طاعتك وتوحدت على دعوتك وتعاهدت على نصرة شريعتك فوثق اللهم رابطتها وأدم ودّها واهدها سبلها واملأها بنورك الذي لا يحبو واشرح صدورها بفيض الاءيمان بك وجميل التوكّل عليك وأحيها بمعرفتك وأمتها على الشّهادة في سبيلك انّك نعم المولى و نعم النّصي

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP