Sunday, April 19, 2009

Semoga Berjaya



Assalamualaikum dan salam sejahatera diucapkan buat pelawat sekalian, emm..dah lama tak menjenguk halaman sendiri disebabkan exam semakin hampir. Diri sibuk dengan kerja-kerja mempersiapkan diri untuk menempuhi peperiksaan sebagai mahasiswa di Universiti Al Azhar As Syariff. Peperiksaan di anggarkan bermula pada tanggal 21 Jamadil Awal 1430 H bersamaan 16 Mei 2009 M, (dah tak lama dah ni). Buat sahabat-sahabat yang akan menempuhi peperiksaan, ana doakan semoga berjaya dan dipermudahkan Allah S.W.T dalam segala urusan. Doakanlah diri ini semoga berjaya dan cemerlang di dalam peperiksaan. Semoga kejayaan milik kita bersama. Amin Ya Robbal 'alamin.

Read more...

Saturday, April 11, 2009

Pulangnya Samudera Ke Tanah Air.

Ude, Ustaz Yi dan aku.


Semalam 10 April 2009, tarikh yang aku tak dapat lupakan, pulangnya seorang guru, pembimbing dan pengajar kepadaku. Setelah sekian lama beliau di sini mengutip kilauan mutiara ilmu, kini beliau pulang ke tanah air. Jasanya terlalu banyak sehingga aku tak mampu untuk membalasnya, hanya dengan kejayaan ku harapkan ia dapat membuktikan aku benar-benar ingin membalas jasanya.
Sebelum beliau pulang, sempat beliau mengingatkan kami anak didiknya sempena imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Masihku ingat kata-kata pembakar semangat yang diberikan, motivasi yang terbaik kepada kita ialah diri kita sendiri. Kejayaan kita berdasarkan komitmen kita dengan ilmu, sejauh mana usaha kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Jika sedikit usaha kita maka sedikitlah kejayaan yang kita dapat, jika banyak usaha kita maka tersenyumlah kita dengan kejayaan. Tuntulah ilmu kerana ALLAH S.W.T bukan semata kerana peperiksaan. Belajar sejauh mana yang boleh, kutip segala mutiara ilmu yang ada di Bumi Anbiyak ini. Begitulah serba sedikit peringatan yang diberikan semoga kami akan terus berusaha dan berusaha dan berusaha. Insyaallah akanku cuba laksanakan motivasi ini, tidak dapat laksanakan semua janganlah tinggalkan semuanya.
Beliau juga merupakan graduan ijazah Universiti Jordan dalam bidang lughotul arabiah, ini bermakna beliau mempunyai dua ijazah sarjana. Aku akan cuba menjejaki langkahnya yang tidak jemu-jemu dengan ilmu, itulah dia Ustaz Wan Zamri yang lebih mesra dipanggil Ustaz Yi dikalangan kami. Ku doakan semoga segala urusannya dipermudahkan ALLAH S.W.T. Amin Ya Robbal 'Alamin.

Read more...

Thursday, April 2, 2009

Adakah Bank Konvesional Mengamalkan Konsep Wadi'ah Yang Sebenar?

Segala pujian di ucapkan kepada Tuhan sekalian makhluk, pada kali ini ana ingin mengupas tajuk yang ana ukirkan di atas. Ya, adakah bank konvesional di dunia ini mengamalkan konsep wadi'ah yang sebenar?. Sebelum ana pergi lebih jauh lagi, ingin ana menyatakan sedikit beberapa maklumat mengenai konsep wadi'ah ini. Takrif wadi'ah dari segi bahasa ialah meninggalkan atau meletakkan iaitu meletakkan sesuatu pada orang lain untuk dipelihara atau dijaga. Pada istilah wadi'ah ialah memberikan kekeuasaan atau amanah kepada orang lain untuk menjaga hartanya@barangnya dengan secara terang-terangan atau dengan isyarat yang semakna dengannya.

Apakah dalil syarak yang mengharuskan wadi'ah ini?
Di dalam Al-quran menyebut " Sesungguhnya Allah telah menyuruh kamu agar menyampaikan amanah kepada ahlinya.” (4 : 58) dan ” Dan hendaklah orang yang diberikan amanah itu menyampaikan amanahnya” (2: 283).
Di dalam Hadith juga menyatakan ” Tunaikanlah amanah yang dipercayakan kepadamu dan janganlah kamu mengkhianati terhadap orang yang telah mengkhianatimu” . H. R. Abu Dawud dan Tirmidzi. Ijma’ Para ulama dari zaman dulu sampai sekarang telah bersepakat akad wadi'ah perlu, ini kerana manusia memerlukannya dalam kehidupan mu'amalah seharian. Rukun wadi'ah terbahagi kepada empat rukun iaitu :
1. Muwaddi’ ( Orang yang mengamanahkan).
2. Wadii’ ( Orang yang diamanahkan).
3. Wadi’ah ( Barang yang diamanahkan).
4. Sighoh ( Ijab dan qobul).

Wadi'ah ini bersifat akad yang tidak lazim, maka kedua belah pihak dapat membatalkan perjanjian akad ini pada bila-bila masa sahaja kerana dalam wadiah terdapat unsur permintaan tolong, maka memberikan pertolongan itu adalah hak dari wadii’. Kalau ia tidak mahu, maka tidak ada keharusan untuk menjaga barang amanah tersebut. Namun jika wadii’ mengharuskan atau meminta pembayaran, maka akad wadiah ini berubah menjadi “akad sewa” (ijaroh) dan mengandungi unsur kelaziman. Maka wadii’ harus menjaga dan bertanggungjawab terhadap barang yang damanahkan oleh muwadii'. Pada saat itu wadii’ tidak dapat membatalkan akad ini secara sepihak kerana dia sudah dibayar.

Jenis wadi'ah yang pertama ialah wadiah yad amanah. Pada keadaan ini barang yang diamanahkan merupakan bentuk amanah belaka dan tidak ada kewajiban bagi wadii’ untuk menanggung kerosakan kecuali kerana kelalaiannya. Manakala jenis wadi'ah yang kedua ialah wadi'ah yad dhomanah. Wadi'ah dapat berubah menjadi yad dhomanah, iaitu wadii’ harus menanggung kerosakan atau kehilangan pada wadi'ah (barang yang diamanahkan), oleh sebab-sebab berikut:
a. wadii’ memberi barang yang diamanahkan kepada orang tidak biasa menyimpan barang.
b. wadii’ meninggalkan barang sehingga rosak.
c. memanfaatkan barang yang diamanahkan sehingga merosakkan zat barang tersebut. Adapun memanfaatkan barang tersebut boleh bagi wadii', sebagai contoh muwadii' mengamanahkan kepada wadii' untuk menjaga lembu-lembunya kerana muwadii' ingin menunaikan haji, wadii' telah memanfaatkan susu lembu itu, maka ia dibolehkan tetapi wadii' tidak boleh menyembelih lembu itu ataupun mengambil dagingnya kerana ia membinasakan zat barang amanah tersebut.
d. Jika wadii’ tidak mahu menyerahkan barang ketika diminta muwaddi’, maka dia harus menanggung jika barang itu rosak.
e. .Mencampurkan dengan barang lain yang tidak dapat dipisahkan.



Setelah ana menerangkan serba sedikit tentang konsep akad wadi'ah tersebut, dapatlah kita ketahui bahawasanya konsep wadi'ah ini hanya semata-semata mengamanahkan barang yang diamanahkan untuk disimpan sehingga tempoh tertentu. Berbalik pada tajuk asal, Bank Konvesional pada masa kini telah mewujudkan satu pakej dalam mengembangkan lagi syarikatnya dengan mengwujudkan simpanan akad wadi'ah kepda para pelanggan, persoalannya adakah ia mengamalkan konsep wadi'ah yang sebenar? di sini ana akan menghuraikan serba sedikit proses wadi'ah yang dijalankan oleh bank konvesional.

Bank Konvesional :

1. Duit yang diberikan oleh penyimpan@pelanggan kepada bank akan dicampurkan dengan duit lain.
2. Duit yang dimasukkan oleh pelanggan kedalam bank dalam akad wadiah ini akan digantikan semula. (Konsep ini dianggap sebagai bank berhutang[alqord] dengan penyimpan kerana bank menggunakan duit penyimpan untuk dilaburkan). Maka disini wujudnya riba bertempoh (riba fudhuli).
3. Bank akan menjamin duit penyimpan.
4. Bank meletakkan syarat kepada penyimpan, sebagai contoh jika penyimpan ingin mengeluarkan duit dari akaun, penyimpan dikenakan syarat untuk pengeluaran duit dalam tempoh sehari tidak lebih dari jumlah yang ditetapkan oleh pihak bank. Akaun ini dikenali sebagai akaun semasa (Saving Account).

Manakala konsep wadi'ah menurut islam ialah :

1. Duit@barang yang diberi kepada pemegang amanah tidak boleh dicampurkan dengan duit@barang lain.
2. Jika barang amanah mengalami kerosakkan bukan sebab kelampauan pemegang amanah tersebut, maka ia tidak perlu di ganti.
3. Barang amanah tidak dijamin oleh pemegang amanah (wadii'). Apabila dikatakan barang amanah itu perlu dijamin oleh pemegang amanah maka ia lari dari konsep wadi'ah itu iaitu konsep pertolongan.
4. Konsep wadi'ah tidak melatakkan syarat.

Sebagai kesimpulan setelah kita melihat dan mengkaji tentang konsep wadi'ah menurut islam, adakah bank konvesional mengamalakan konsep wadi'ah yang sebenar? Wallahu a'lam...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP