Saturday, April 11, 2009

Pulangnya Samudera Ke Tanah Air.

Ude, Ustaz Yi dan aku.


Semalam 10 April 2009, tarikh yang aku tak dapat lupakan, pulangnya seorang guru, pembimbing dan pengajar kepadaku. Setelah sekian lama beliau di sini mengutip kilauan mutiara ilmu, kini beliau pulang ke tanah air. Jasanya terlalu banyak sehingga aku tak mampu untuk membalasnya, hanya dengan kejayaan ku harapkan ia dapat membuktikan aku benar-benar ingin membalas jasanya.
Sebelum beliau pulang, sempat beliau mengingatkan kami anak didiknya sempena imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Masihku ingat kata-kata pembakar semangat yang diberikan, motivasi yang terbaik kepada kita ialah diri kita sendiri. Kejayaan kita berdasarkan komitmen kita dengan ilmu, sejauh mana usaha kita untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Jika sedikit usaha kita maka sedikitlah kejayaan yang kita dapat, jika banyak usaha kita maka tersenyumlah kita dengan kejayaan. Tuntulah ilmu kerana ALLAH S.W.T bukan semata kerana peperiksaan. Belajar sejauh mana yang boleh, kutip segala mutiara ilmu yang ada di Bumi Anbiyak ini. Begitulah serba sedikit peringatan yang diberikan semoga kami akan terus berusaha dan berusaha dan berusaha. Insyaallah akanku cuba laksanakan motivasi ini, tidak dapat laksanakan semua janganlah tinggalkan semuanya.
Beliau juga merupakan graduan ijazah Universiti Jordan dalam bidang lughotul arabiah, ini bermakna beliau mempunyai dua ijazah sarjana. Aku akan cuba menjejaki langkahnya yang tidak jemu-jemu dengan ilmu, itulah dia Ustaz Wan Zamri yang lebih mesra dipanggil Ustaz Yi dikalangan kami. Ku doakan semoga segala urusannya dipermudahkan ALLAH S.W.T. Amin Ya Robbal 'Alamin.

1 Spekulasi:

Asyima Binti Dollah April 17, 2009 at 6:35 AM  

salam akhir dr bumi sh alam..
terima kasih=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP