Sunday, June 28, 2009

Mirath | Epi 1

Alhamdulillah, pada entri yang lalu, saya telah memberikan sedikit pengenalan tentang ilmu mirath ataupun lebih di kenali sebagai ilmu faraidh di kalangan masyarakat Malaysia kini. Insyaallah bi iznillah, pada kali ini saya akan memberikan sebahagian besar penerangan tentang istilah-istilah yang terdapat dalam ilmu mirath.

ISTILAH-ISTILAH KHUSUS DI DALAM ILMU MIRATH.


1) (الفرض) Al-Fard : bermaksud bahagian atau kadar yang telah di tetapkan oleh syarak kepada pewaris seperti yang telah di tetapkan di dalam Al-Quran. Contohnya : 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6. Tiada tambahan kecuali pada (الرد) rod, dan tiada pengurangan kecuali pada (العول) uul.

2) (السهم) As-Saham : bermaksud bahagian yang diberi kepada setiap pewaris daripada asal masalah yang boleh di ambil darinya tanpa meninggalkan baki harta.

3) (التركة) At-Tirkah : bermaksud harta peninggalan si mati dalam bentuk duit ataupun barang-barang yang berkaitan dengan si mati.

4) (الجمع و العدد) Al-Jam'u Al-'adad : dimaksudkan di dalam ilmu mirath adalah penambahan bilangan pewaris. Contoh : 2 orang anak perempuan atau 3 atau lebih dan sebagainya.

5) (الفرع) Al-Furu' : di dalam ilmu mirath al-furu' dikenali sebagai waris-waris si mati dari anak hingga ke bawah. Contoh : anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan hingga ke bawah.
- (فروع الأبوين) : adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan si mati, seibu sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja.
- (فروع الجدين) : bapa saudara si mati seibu sebapa atau sebapa sahaja, anak-anak mereka hingga ke bawah.

6) (الأصل) Al-Aslu : bermaksud waris-waris si mati dari kedua ibu bapa, datuk sebelah bapa (الأجداد الصحاح) , nenek sebelah bapa (الجدات الصحيحات) hingga ke atas.

7) (العصبة) Al-'asobah : bermaksud pewaris tertentu yang memiliki kuasa untuk mengambil atau memiliki semua bahagian harta pusaka dan mengambil baki setelah di bahagi-bahagikan harta pusaka kepada ashabul furd (أصحاب الفروض) sekiranya ada.

8) (الادلاء) Al-Idlak : bermaksud hubungan dengan si mati secara langsung seperti bapa, ibu, anak-anak si mati, ataupun secara perantaraan seperti cucu lelaki kepada anak lelaki, cucu perempuan kepada anak lelaki hingga ke bawah.

9) (الحجب) Al-Hijab : bermaksud penghalang kepada seseorang waris itu untuk mewarisi harta si mati sebahagian atau semua sekali sekiranya wujud orang yang lebih layak mewarisinya menurut syarak. Contohnya, anak lelaki akan menghijab cucu lelaki dan sebagainya.

bersambung....

Read more...

Saturday, June 27, 2009

الميراث والوصية الواجبة في الشريعة الاسلامية

PENGENALAN

Ilmu Mirath merupakan suatu ilmu yang amat penting kepada umat islam di dalam menguruskan harta pusaka peninggalan arwah keluarga. Takrif ilmu mirath dari sudut bahasa terbahagi kepada 2, iaitu yang pertama ( البقاء ) kekal, ini bermakna harta pusaka merupakan harta pemilikan kekal dan yang kedua ialah ( الانتقال ) berpindah, iaitu harta yang berpindah milik dari si mati kepada waris-warisnya yang masih hidup. Takrif ilmu mirath dari segi istilah pula boleh diringkaskan kepada suatu ilmu tentang kaedah-kaedah yang berkaitan dengan pengetahuan hak setiap pewaris dari harta peninggalan.


KEPENTINGAN ILMU MIRATH

Ilmu mirath mempunyai kepentingannya terhadap masyarakat islam. Salah satu kepentingannya ialah memperkuat dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan. Selain itu juga sebagai satu ketetapan di dalam menyelesaikan perbalahan manusia terhadap harta pusaka. Syariat menggalakkan agar umat islam mengetahui dan mempelajarinya.

ما روي عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : تعلموا الفرائض و علموها الناس , فانها نصف العلم , وهو أول شيء ينسى وهو أول شيء ينزع من أمتي.

Di riwayatkan dari Abu Hurairah R.A telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Pelajarilah ilmu faraidh (mirath) dan ajarkanlah ia kepada manusia, sesungguhnya ia sebahagian dari ilmu, dan ia adalah ilmu yang pertama akan dilupakan oleh manusia dan ia juga perkara pertama yang akan di tarik dari umatku.

Berdasarkan hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah tadi jelas menunjukkan sesungguhnya agama islam menggalakkan umatnya untuk mempelajarinya serta mengajarkannya.


HUKUM DAN DALIL PENSYARIATAN MIRATH.

Mempelajari ilmu mirath merupakan fardhu kifayah kepada umat islam. Berdasarkan hadith lalu yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah jelas menerangkan peri pentingnya ilmu mirath itu kepada umat islam. Ahlu fuqahak telah bersepakat di dalam menyatakan ilmu mirath telah di syariatkan, ia telah di jelaskan di dalam sumber-sumber syariat islam. Dari sumber Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan dalil-dalil makkul (akal).

1) Al-Quran : di dalam surah An-Nisaa' ayat 11, 12, 176.

2) As-Sunnah : di riwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, hadith yang telah dijelaskan di atas.


Bersambung...

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Kembali

Assalamualaikum.. Salam kasih dihulurkan buat semua, pagi ini tanggal 18 Jun 2009 merupakan hari pertama aku setelah selesai menduduki imtihan, Alhamdulillah segala pujian bagi tuhan sekelian alam yang masih memberikan aku nikmat iman dan islam, yang telah memanjangkan hayatku sehingga ke hari ini, semoga hari-hari yang telah aku lalui diberikan rahmat dari Nya. Semoga aku dan rakan-rakan berjaya di dalam imtihan yang telah di lalui dan mendapat keputusan yang cemerlang.. Amin.
Hmmm..dah lama tak mengupdate blog yang usang ni, takpela.. semoga selepas ini aku thabat dalam menulis dan dapat berkongsi ilmu dengan saudara-saudara islamku yang lain. Imtihan sudah pun selesai, bermacam-macam aktiviti dan program diadakan, ada juga dikalangan sahabat-sahabatku yang pergi menunaikan umrah, bertalaqi di Yaman, jaulah ke Turki dan macam-macam lagi, juga tak kurang hebatnya dengan kebanjiran mahasiswa yang pulang ke Tanah Air, tetapi ini tidak mematahkan semangatku untuk terus mengutip mutiara ilmu yang terhias indah di Ardu Kinanah ini. Akhirnya aku mendoakan semoga segala urusan sahabat-sahabatku dipermudahkan ALLAH S.W.T. Kepada yang bermusafir ku doakan semoga kalian selamat pergi dan selamat kembali. Semoga perjalanan kalian sentiasa di payungi rahmat ALLAH S.W.T. Amin...

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP