Friday, March 11, 2011

Cuti Sekolah

Hari ini 12 Mac 2011, bermulalah cuti untuk insan yang bergelar pelajar sekolah. Cuti penggal ini akan berakhir seminggu dari sekarang. Pastinya waktu-waktu cuti begini mereka akan diberi kerja rumah yang banyak (macam kita dulu-dulu la......) oleh guru-guru meraka. Tak terlepas juga aku sebagai seorang guru. Pastinya anak-anak muridku akan diberi banyak latihan untuk membiasakan mereka dalam menyelesaikan masalah. Aku pernah berkata kepada mereka semasa waktu pembelajaran, untuk mahir dalam sesuatu bidang kita perlu ada 2 perkara ini iaitu menghafal formula dan sentiasa membuat latihan.

Kata-kata ini di ambil dari seorang guru ketika aku menuntut ilmu mirath dari beliau. Syeikh Ahmad Al Madah pernah menyatakan untuk mahir dalam ilmu mirath, kita perlu menghafal pembahagian furud dan juga sentiasa membuat masalah. Lalu aku praktikkannya ketika aku mengajar anak-anak muridku dalam subjek matematik. Itulah cara terbaik untuk 'kalian' berjaya wahai anak-anak muridku. Cuti yang terhidang ini manfaatkanlah ia dengan aktiviti yang berfaedah. Sebenarnya hikmah kerja rumah yang banyak itu sangat banyak yang kita sebenarnya tidak tahu. Oleh itu, pastikan kerja rumah itu dapat disiapkan sebelum fajar sekolah terbit nanti ya.

Read more...

Friday, March 4, 2011

Belajar dan mengajar...

Setelah lama aku membiarkan blog ini dengan entry yang lama. Hari ini, tiba-tiba tangan aku ingin menekan-nekan papan kekunci untuk menceritakan sesuatu. Selepas aku pulang dari Mesir akibat rusuhan yang berlaku tempoh hari. kini aku berada di Malaysia bersama keluarga tercinta.

Diam tak diam, sudah hampir sebulan aku di tanah air. Satu jangka masa yang agak lama dan masa-masa itu boleh diisi dengan pelbagai aktiviti. Masa yang terluang ini aku isi dengan pelbagai aktiviti. Lagipun aku masih berbaki 1 semester untuk menamatkan pengajianku di peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar. Jadi aku perlu memanfaatkan masa ini untuk membelek-belek kitab yang dibawa balik walaupun hanya sekadar 1 kitab.

Disamping itu, aku juga bertugas sebagai pendidik di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat yang berhampiran dengan rumah. Aku jadikan ia sebagai pengalaman yang sangat berharga. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada 'mereka' kerana memberikan aku peluang yang tidak ternilai ini walaupun aku sedar ia hanya sementara. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak didikanku di dunia dan di akhirat.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP