Friday, March 11, 2011

Cuti Sekolah

Hari ini 12 Mac 2011, bermulalah cuti untuk insan yang bergelar pelajar sekolah. Cuti penggal ini akan berakhir seminggu dari sekarang. Pastinya waktu-waktu cuti begini mereka akan diberi kerja rumah yang banyak (macam kita dulu-dulu la......) oleh guru-guru meraka. Tak terlepas juga aku sebagai seorang guru. Pastinya anak-anak muridku akan diberi banyak latihan untuk membiasakan mereka dalam menyelesaikan masalah. Aku pernah berkata kepada mereka semasa waktu pembelajaran, untuk mahir dalam sesuatu bidang kita perlu ada 2 perkara ini iaitu menghafal formula dan sentiasa membuat latihan.

Kata-kata ini di ambil dari seorang guru ketika aku menuntut ilmu mirath dari beliau. Syeikh Ahmad Al Madah pernah menyatakan untuk mahir dalam ilmu mirath, kita perlu menghafal pembahagian furud dan juga sentiasa membuat masalah. Lalu aku praktikkannya ketika aku mengajar anak-anak muridku dalam subjek matematik. Itulah cara terbaik untuk 'kalian' berjaya wahai anak-anak muridku. Cuti yang terhidang ini manfaatkanlah ia dengan aktiviti yang berfaedah. Sebenarnya hikmah kerja rumah yang banyak itu sangat banyak yang kita sebenarnya tidak tahu. Oleh itu, pastikan kerja rumah itu dapat disiapkan sebelum fajar sekolah terbit nanti ya.

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP