Friday, February 27, 2009

Puasa Ibu Yang Hamil Dan Menyusukan



Assalamualaikum W.B.T, pada kali ini ana ingin membincangkan soalan yang telah di utarakan kepada ana sejajar dengan tajuk di atas. Apakah hukum puasa bagi ibu yang sedang hamil dan menyusukan anaknya?. Perbincangan ini akan di ulas mengikut mazhab Imam As Syafie rahimahullahu ta'ala.
Merujuk di dalam kitab Fiqhul Manhaji jilid pertama di bawah tajuk ibadat dan pecahannya, berbukanya ibu yang hamil dan menyusukan anak terbahagi kepada dua :
Berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas.
Berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya.

Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.
Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.

Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk menyelamatkan nyawa orang lain yang diancam kecelakaan, maka wajib bagi orang itu untuk menggantikan puasanya dan bersedekah dengan satu cupak makanan.

Di riwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibnu Abbas R.A mengenai ayat 184 surah Al Baqaroh mafhumnya :
"Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah dengan memberi makan orang-orang miskin"
Beliau berkata : "Ayat ini sebagai rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlau tua, kedua-duanya tidak mampu berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah memberi makan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu. Ayat ini juga merupakan rukhsah bagiwanita hamil dan sedang menyusukan anak sekiranya mereka bimbang (terhadap anak mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir miskin".

Rujukan dari Kitab Fiqhul Manhaji.

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP