Wednesday, June 29, 2011

Qari Besar Mesir Meninggal Dunia




MESIR
, 24 Jun: Qari tersohor di Mesir, Syeikh Abu Enein She'sha telah meninggal dunia petang semalam, khamis pada umur 89 tahun.

Syeikh Abul Enein, telah dilahirkan di bandar Bella, di Muahafazah Kafr Al-Syeikh pada 12 Ogos 1922. Beliau merupakan anak yang kedua belas dalam keluarganya, dan telah mula memperdengarkan bacaannya pada satu majlis yang di adakan di Mansurah pada 1936.

Syeikh telah memasuki Radio mesir pada tahun 1939, selepas terkesan dengan Syeikh Muhammad Rif'at, atas pertolongannya, untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan yang ditinggalkan oleh Syeikh Muhammad Rif'at.

Syeikh Abul Enein membaca dengan gaya bahasa tersendiri dan unik bermula daripada pertengahan 40-an. Beliau juga merupakan Qari Mesir pertama yang pernah membaca di Masjid Al-Aqsa, ketika era Syria dan 'Iraq dalam tahun 50-an. Belaiu mengalami sakit pada bahagian suaranya dalam tahun 60-an, namun sembuh selepas itu dan kembali memperdengarkan bacaannya.

Syeikh Abul Enein telah menjadi Qari di Masjid Umar Mukarram pada tahun 1969, kemudian di Masjid Sayyidah Zainab sejak tahun 1992, dan Syeikh bersungguh-sungguh untuk mewujudkan kesatuan Qari-Qari pada tahun 70-an bersama Qurra' yang besar seperti Syeikh Mahmud Ali
Banna, dan Syeikh Abdul Basit bin Abdul Samat dan beliau telah dipilih sebagai ketua pada tahun 1988.

Beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Dekan Institut antarabangsa bagi hafalan al-Quran, ahli Lajnah Penilai dan Ujian Pembaca dan Panel bagi radio dan televisyen, ahli Jawatankuasa Tinggi Al-Quran di Kementrian Wakaf dan ahli Jawatankuasa pembinaan masjid di Kaherah.

Beliau juga pernah menerima pingat daripada Iraq, Lubnan, Syria dan Palestin, Turki, Somalia, Pakistan, UAE dan sebahagian negara-negara Islam yang lain.

Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama Para Auliya' dan Golongan yang Soleh. Al-Fatihah.

Sumber : http://map2care.blogspot.com/2011/06/qari-besar-mesir-meninggal-dunia.html

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP