Friday, July 11, 2008

Kenali Ka'bah


Ka’bah merupakan qiblat kepada umat islam seluruhnya yang terletak di Tanah Haram iaitu Makkah Al-Mukarromah. Ka’bah juga dikenali dengan ‘Baitullah’. Bangunan berbentuk kubus ini mempunyai ketinggian 15 meter, lebarnya pula mempunyai ukuran masing-masing. iaitu : bahagian Timur 11.88 meter, bahagian Barat 12.15 meter dan bahagian Selatan 9.92 meter. Tinggi pintu Ka’bah dari tanah berukuran 2 meter. Ka’bah dilitupi dengan permaidani halus yang juga dikenali sebagai kiswah. Binaan ini telah di dirikan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan dibantu Nabi Ismail A.S. putranya bersama Siti Hajar isteri Nabi, setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T. untuk membangunkannya dan dapat dijadikan tempat beribadah.
Keempat-empat sudut bangunan Ka’bah mempunyai nama-nama tersendiri, iaitu :

• Sudut Hajar Aswad: di sudut ini terdapat seketul batu hitam yang lebih dikenali sebagai Hajar Al-Aswad , menjadi tempat permulaan dan pengakhiran tawaf, Hajar Al-Aswad terletak pada ketinggian 1.5 meter dari permukaan tanah, ia berbentuk seaakan-akan bujur telur. Jarak Hajar Al-Aswad dengan pintu Ka’bah disebut sebagai Multazam, iaitu satu tempat diantara tempat-tempat mustajab (diterima) do’a yang berada di Masjidil Haram.
• Sudut Iraqi: sudut yang mengarah ke negeri Iraq. Jarak antara sudut Hajar Al-Aswad dan sudut Iraqi berukuran lebih kurang 11 meter, dan pada sudut inilah terletaknya pintu Ka’bah.
• Sudut Syaami: sudut yang mengarah ke negeri Syam. Jarak antara sudut Iraqi dan sudut Syaami lebih kurang 10.22 meter.
• Sudut Yamani: sudut yang mengarah ke negeri Yaman. Jarak antara sudut Syaami dan sudut Yamaani lebih kurang 10.13 meter.

Di sekitar Ka’bah terdapat Maqam Nabi Ibrahim A.S. Disampingnya terdapat sumur Zam-zam yang penuh barakah. Setelah Ka’bah selesai di bagunkan, Nabi Ibrahim A.S. menyeru kepada semua umat islam seluruh dunia untuk menunaikan haji setara dengan perintah Allah S.W.T. kepadanya, seru Nabi Ibrahim A.S: “ Bahawa Allah S.W.T. telah membangunkan untuk kamu sekalian Ka’bah dan memerintahkan kepadamu untuk berhaji, maka jawablah seruan Tuhanmu itu”. Maka mereka pun menjawab : “Labbaika Allahumma Labbaika/ Ya Tuhan, aku memenuhi panggilanMu”.

0 Spekulasi:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP