Penjelasan kepada soalan yang di utarakan di bawah tajuk khitbah..
Soalan: assalamualaikum.
nak tanya satu soalan psl post nta ni.
apa bezanya melamar, meminang, merisik, bertunang? banyak sgt. ada yg kata ia jg merupakan adat. yg menjadi wajib ialah bernikah.
dlm islam, apakah proses yg menjadi sunnah dlm byk2 istilah di atas.
org melayu ni kaya dgn adat. nak kne merisik dulu la, pastu bertunang, ada nak kne meminang dlu la, mesti nak buat kenduri meminang beserta dgn cincin sekali, mcm2 kne ikut prosedur org2 tua ni.
lagi satu berkenaan dgn istilah 'takdim'. Takdim tu merujuk kpd meminang/melamar ke? dan apakah batasan2 pergaulan seseorang yg sdh ber'takdim' td?
Resporn: Wa'alaikumussalam W.B.T.
Bismillahi Arrohman Arrohim..
Pertama, ana ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bertanya.
Di Negara kita Malaysia, mempunyai banyak adat sebelum perkahwinan sehingga boleh menimbulkan keraguan dan persoalan di kalangan masyarakat sekarang. Soalan yang pertama di utarakan tentang ta’rif (pengenalan) adat-adat tersebut. Baiklah, sebenarnya perkara-perkara tersebut di adakan adalah dengan tujuan yang satu, iaitu untuk melamar perempuan yang ingin kita kahwini. Di sini ana ingin memberikan sedikit gambaran atau penjelasan pada tajuk khitbah yang ana telah ana coretkan sebelum ini. Hukum akad nikah @ perkahwinan itu sendiri adalah wajib, manakala khitbah @ melamar itu hanyalah sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W.,ini berdasarkan hadith yang ana sertakan pada tajuk khitbah yang lalu (boleh rujuk kitab Al-Ahwal As-Syakhsiah lilmuslimin, salah seorang pengarangnya ialah Al-Fadhil Doktor ‘Ali Jum’ah Mufti Negara Mesir sekarang). Apakah tujuan khitbah itu di adakan? Antara tujuannya ialah untuk kita melamar perempuan tersebut supaya tidak dilamari oleh lelaki lain sepertimana di jelaskan dalam syarat-syarat khitbah yang ana sertakan di dalam tajuk yang lepas. Antara lain ialah untuk kita melihat (dengan batasan-batasannya) akan makhtubah (the future wife) kita itu untuk dijadikan peneman seumur hidup. Inilah proses yang di ajar oleh islam berdasarkan hadith nabi yang ana beri pada tajuk yang lepas, proses-proses yang perlu dilalui oleh bakal pengantin sebelum berlangsungnya perkahwinan itu.
Berbalik pada adat sebelum perkahwinan yang berlaku di Malaysia, yang boleh ana katakan melalui ilmu yang di pelajari, adat-adat sebelum perkahwinan ini boleh asalkan ia tidak menyalahi atau membatasi landasan-landasan syari’ah yang telah ditetapkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah. Perkara ini di rujuk melalui ‘uruf (keadaan) di negara kita yang mengamalkan bermacam-macam bentuk adat sebelum perkahwinan.
Hmm.. tentang istilah takdim pula, takdim boleh kita ertikan ia dengan melamar. Proses yang dijalankan itulah yang dipanggil takdim. Batasan-batasan pergaulan antara pihak lelaki dan perempuan tetap sama hukumnya (pergaulan sebelum perkahwinan) sehingga mereka berkahwin. Akhirnya, ana mengharapkan segala persoalan telah di jawab, moga-moga ia memberi manfa’at kepada seluruh umat islam dan ana juga mengharapkan jawapan ini tidak memesongkan akidah umat islam hari ini. Wallahu ‘a’lam bissowab..
1 Spekulasi:
salam hafiz,
klu tak silap respon da slah eja tu...
ana nk tanye gak,yg ibnu daud pye pndapat tu,ape yg d maksudkan dgn "boleh melihat seluruh anggota"??
sekian,terimakasih :)
Post a Comment