Khitbah
Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita (walinya) untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas.
Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A. Hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus, Riwayat dari Jabir R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “ apabila salah seorang dari kamu mengkhitbahi perempuan, maka kamu mampu (noleh) melihat akan ia (wanita-wanita yang dikhitbah) untuk mengajak ke arah perkahwinan, maka lakukanlah ‘sempurnakanlah’, telah berkata akan Jabir R.A. : maka aku telah berkhitbah dan khitbah yang berlaku sehingga aku melihat akan makhtubah (calon isteri) itu mengajak ke arah perkahwinan maka aku kahwini akannya”. Hadith ini menkhabarkan hukum khitbah itu adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sebahagian ulama’ berpendapat melihat wanita yang ingin dipinangi itu adalah ketika sebelum waktu pinangan, ini adalah pandangan dari Mazhab Syafi’iah dengan alasan untuk tidak menyakitkan hati atau menolak perasangka buruk kepada pihak lelaki apabila tidak bersetuju terhadap wanita itu.
Terdapat 2 syarat sah dalam proses khitbah, iaitu :
1) Makhtubah adalah wanita yang boleh dikahwini.
2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain.
Syarat yang pertama jelas menggambarkan kepada kita bahawasanya wanita yang ingin dikhitbah itu hendaklah wanita yang boleh dikahwini, maka tidak boleh untuk kita meminang isteri orang lain ataupun wanita-wanita yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Khitbah boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in berdasarkan ayat Al-Qur’an dari Surah Al-Baqarah pada ayat 235, Allah S.W.T. telah berfirman mafhumnya : Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati. Syarat yang kedua pula mengkhabarkan kepada kita islam melarang untuk kita meminang wanita-wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, ini dijelaskan pada hadith Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairoh R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Janganlah dipinang oleh lelaki akan wanita-wanita yang telah dipinangi sehingga ia berkahwin ataupun ditinggalkan” riwayat Ahmad dan Muslim.
Terjadi perbedaan pandangan di kalangan Ulama’ mengenai anggota-anggota wanita yang boleh dilihat ketika khitbah, iaitu:
1) Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2) Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
3) Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.
4 Spekulasi:
assalamualaikum.
nak tanya satu soalan psl post nta ni.
apa bezanya melamar, meminang, merisik, bertunang? banyak sgt. ada yg kata ia jg merupakan adat. yg menjadi wajib ialah bernikah.
dlm islam, apakah proses yg menjadi sunnah dlm byk2 istilah di atas.
org melayu ni kaya dgn adat. nak kne merisik dulu la, pastu bertunang, ada nak kne meminang dlu la, mesti nak buat kenduri meminang beserta dgn cincin sekali, mcm2 kne ikut prosedur org2 tua ni.
lagi satu berkenaan dgn istilah 'takdim'. Takdim tu merujuk kpd meminang/melamar ke? dan apakah batasan2 pergaulan seseorang yg sdh ber'takdim' td?
bagus jika nta blh respon dlm bentuk post/artikel dlm blog ni. syukron
maaf, jika ana byk bertanya..kawan ana pn ada tnya2 jg.
tn blog dh b'khitbah kew ??? hohoho
slmt m'nyambut hr merdeka yg ke-51
slmt m'jalani ibadah d'bln ramadhan
Salam.
Nak share la sikit... kalau slaah mohon perbetulkan ya...
melamar, meminang, bertunang tu = khitbah.
Adapun merisik tu, baru proses menyiasat ttg calon. Bila keinginan disuarakan baru jd khitbah.
Adapun, mengenai tradisi masyarakat Melayu telah mengformalkan khitbah itu sbg cth; dtg secara berombongan, bawa hadiah, makan-makan... dan biasanya khitbah Melayu ni sure2 lah nak kawin.
Adapun khitbah dlm Islam, lebih kepada tempoh mengenal.
al-maklumlah, mana ada istilah couple dalam Islam. Kecuali bagi yg dah berkahwin.
in addition, syarat khitbah cukup hanya dengan seorg lelaki menyampaikan niatnya utk memperisterikan seorg perempuan (atau sebaliknya), dan si perempuan (atau sebaliknya) menyatakan kesetujuannya.
dengan kata lain, tak payah pantun2, tak payah tpk sirih, kenduri tunang etc...itu semua hanyalah tradisi... untuk memformalkan prosedur khitbah.. Namun, tetap saja tak salah...
Batasan bg yg berada dlm tempoh khitbah i.e. untuk mengenal, ttp saja tidak tertakluk kepada peraturn pergaulan dalam Islam i.e. sama saja seperti hbgn lelaki dan perempuan yg tidak berkhitbah.
Adapun khitbah bukan utk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, tetapi another step toward marriage i.e. to legalize a relationship between male and female.
Mengenal dalam Islam adalah, via 1) self-observation, ex: memperhatikan bentuk pergaulan si calon pilihan hati, melihat kepada apa yg dizahirkan yg blh menarik perhatian etc. 2) third party. ex: bertanya pada sesiapa yg dekat atau mengenali calon itu ttg kekurangan dan kelebihannya.
Proses khitbah juga membolehkan si calon untuk mengenal keluarga calonnya itu... biasanya dgn demikianlah sama ada khitbah akan diteruskan atau tidak.
Adapun penilaian biasanya terhadap beberapa faktor seperti.. 1) agama, 2)harta, 3)kecantikan, etc...
Akhir sekali, jika sepanjang khitbah sama ada pihak lelaki atau calon mendapati terdapat faktor2 yg tidak membawa mereka kepada persepakatan, (biasanya masalah qurratu a'yun. hehe) spt, sikap, tiada apa2 yg dapat menarik hatinya, kesukaran untuk menerima keluarga calon etc. boleh saja khitbah itu dibatalkan.
Namun, spanjang tempoh khitbah, wanita yg dikhitbah tidak boleh dikhitbah oleh lelaki lain. Jika mahu, si lelaki kedua hendaklah meminta izin dr lelaki pertama, atau tunggulah seandainya khitbah itu berakhir... atau si llk pertama menarik diri...
Subhanallah...indahnya Islam...
Wallahu'alam.
=)
melalui pemahaman aku:-
khitbah = meminang, melamar / bertunang
taaruf = merisik
betulkan aku jika salah.
Post a Comment