Thursday, March 26, 2009

Imam Syafie Rahimahullah



Rata-rata umat islam di Malaysia berpegang dengan pandagan Mazhab Syafie, pada kali ini ana ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian tentang biodata ringkas Imam yang mempunyai nasab keturunan dengan Rasulullah ini. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.
Imam Syafie mempunyai nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah bintu Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib dan hubungan nasab ini tiada keraguan pada jumhur ulamak.
Imam Syafie lahir pada tahun 150 H di Gaza, Palestin. Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi dan ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.
Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa arab fushah. Semasa Imam Syafie di usia muda, Imam Syafie menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandagan dalam menyelesaikan masalah agama. Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik (Imam Mazhab Maliki) dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H. Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H dan Imam Syafie pun menjadi masyhur dikalangan umat islam pada ketika itu. Setelah itu beliau telah berhijrah ke Mesir, Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak ketahui berapa kali. Sehingga pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir pada malam jumaat yang penuh barakah. Imam Syafie dikebumikan selepas asar pada hari jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.

2 Spekulasi:

Hasbi March 27, 2009 at 10:33 AM  

terima kasih atas info ini. Kadang2 orang ikut ajaran imam syafie tapi tak kenal siapa beliau.

Hafiz March 27, 2009 at 5:57 PM  

thanks for the info. Ada banyak kisah menarik mengenai Imam Shafie sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP