Migraine
Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.
Classic Migraine
Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.
Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.
Common Migraine
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:
1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.
2) Hormone
Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.
3) Cara hidup
Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.
Cara mengurangkan kesakitan migraine :
Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.
Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.
Sumber rujukan buku Perubatan Moden.
12 Spekulasi:
Hafiz,
Terimakasih untuk info ini. Kak tirana salah seorang pengidap migraine.
Salam..
Macammana dah dapat gambarnya?
saja testing komen...hehe..jom komen2..
salam..
syukran ya akh ats infonya..
sy ada migrain. =)
Salam,
Thank you for the info. Saya pun ada mengidap penyakit ini.
assalamualaikum, terima kasih.. saya baru menyedari saya salah seorang penghidap penyakit ni.. saya x tahu selama ni. mak dan ayah saya x ambil peduli ttg masalah sye ni.. selepas mebaca artikel ni, saya telah pergi ke hosp dan mmg saya menghidap penyakit ni.. terima ksaih ats bntuan anda..
assalamualaikum...terima kasih untuk info ini...sy juga penghidap migrin..apabila penyakit ini datang menyerang..,ia akan mengambil masa selama 1 minggu atau lebih untuk pulih kembali...tidak seperti orang lain..dan sakit nya juga teramat sangat...keluarga saya hanya memandang remeh perkara ini...sblm nie doktor ada cakap sekiranya sy di serang migrin lagi saya akn mendapat barah otak...adakah betul apa yang dikatakan oleh doktor itu...????kera apabila saya pergi ke klinik dese di tempt tinggal saya dan memberitahu doktor tersubut tentang perkara ini..dia hanya tersenyum dan seperti menahan tawa...sekarang saya jadi bingung...yang mana 1 kah batul...????tolong bantu saya....
terima kasih saudara.
assalamualaikum wbt..
info yg sgt bagus.. mtk izin share ye.. :)
Thanx info nya ya...sya antarayg mengidap migraine ni..panadol da tak jalan..sy terpaksa amik ponston n stugeron
salam..memang betul..semua tu memang berpunca dr perkara2 di atas..kalau kena, susahnya nk ambik mc sbb tk larat nk drive..tp tekanan darah ok jer..kalau sesapa sakit sgt, telan je ubat mabuk naik kenderaan, cari kt farmasi, namanya novomin..terus lelap smpai 2-3 jam..bangun pastu insyaallah akan pulih
Salam...migrain juga boleh diatasi ddn hanya mengambil vitamin semulajadi.. tanpa perlu bergantung pd ubat yg later boleh bg kesan sampingan ...lawatii blog sy utk ketahui caranya http://jomhealthywithme.blogspot.com
As salam ulaikum.... terima kasih atas info.... sy pun slh sorg mghidap migrain.... ☺☺��amat berguna info ni... tq again
Post a Comment