Thursday, March 19, 2009

Sejarah Tanta dan DPMT



Semalam selepas penat mengemas bilik, ana terjumpa satu artikel yang menceritakan sejarah Tanta dan DPMT (Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta). Pasti ramai ingin mengetahui apa yang ada di Bumi bertuah ini. Ana akan menceritakan serba sedikit mengenai Tanta dan DPMT.

Tanta merupakan ibu negeri bagi muhafazah Al Gharbiyah, iaitu salah sebuah negeri di sebelah utara perlembahan Nil dan mempunyai kadar populasi penduduk seramai 443 000 orang. Tanta terletak 94 km di sebelah utara Kaherah dan sejauh 130 km di sebelah tenggara Iskandariah. Bandar ini juga berperanan sebagai hubungan utama laluan keretapi menuju ke Iskandariah dan Dumyat serta berada di tengah-tengah jaringan lebuhraya yang menghubungkan Kaherah dan Iskandariah. Malah ia turut berfungsi sebagai pusat pengeluar kapas. Selain itu, saliran paip gas tertua antara terusan Suez-laut Mediterranean turut merentasi landskap daerah ini.



Tanta terlalu sinonim dengan nama Syeikh Saiyid Ahmad Al Badawi. Beliau adalah salah seorang keturunan Rasulullah S.A.W dan nasab beliau bersambung melalui Saiyidina Husain. Beliau lahir di Fez, Maghribi pada tahun 634 Hijrah dan meninggal pada 12 Rabi'ul Awal 675 Hijrah. Makam beliau terletak di perkarangan Masjid yang di beri nama sempena nama beliau iaitu Masjid Saiyid Ahmad Al Badawi di Awal Bahr, Tanta.

Syeikh Saiyid Ahmad Al Badawi adalah seorang wali Allah yang sangat terkenal di Mesir. Mengasaskan tarekat Al Ahmadiah yang dikenali sebagai tarekat Al Badawiah. Masyarakat Mesir telah mengkhaskan tiga upacara tahunan untuk memperingati Syeikh Sayyid Ahmad Al Badawi sehinggakan Presiden Mesir turut menghantar menterinya bagi mewakilinya ke Masjid Badawi di Tanta sempena majlis maulid Syeikh Sayyid Ahmad Al Badawi.

Universiti Al Azhar mempunyai kampus cawangannya di Tanta. Pada 15 januari 1993, seramai 21 orang mahasiswa Malaysia telah dipilih ke Tanta sebagai kumpulan pertama rakyat Malaysia di Tanta. Di bawah pimpinan Ustaz Nasaruddin bin Hassan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta telah ditubuhkan buat pertama kalinya. Bagi mengenali pengasas awal DPMT, sila layari blog beliau di http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Kini jumlah mahasiswa Tanta melebihi 600 orang, terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Kuliah Syariah Wal Qanun, Usuluddin Wa Dakwah dan Qiraat bagi Universiti Al Azhar Tanta serta mahasiswa-mahasiswi Kuliah Perubatan Universiti Tanta.

1 Spekulasi:

~Ice~ March 27, 2009 at 12:52 AM  

kwn ada kt Tib..
hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP