Reflection for us
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ana terjumpa artikal ini dari blog orang lain, ana minta izin untuk memaparkannya di sini untuk renungan bersama, antara qhadiyah yang berlaku dinegara kita,
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.
Sama-samalah kita fikirkan...
6 Spekulasi:
Salam. Saya setuju. Kita dah terikut dengan budaya kita. Lari banyak dari konsep asal.
Waallahu'alam.
p/s: saya mintak izin nak follow blog ini. Thx.
Banyak amalan agama sudah bercampur-baur dengan adat, dan di sinilah perlunya kebijaksanaan untuk meningkatkan kesedaran di dalam masyarakat. Bukan senang nak ubah adat yang diwarisi sejak zaman-berzaman.
salam alaik ya akhi..tolibah azhar syarif ekk..
sajee nak singgah...nii mesti jahid fi sabillah nii..hehehe
brp tahun dh duk sana??
napee x letak shoutout?? lambat laa kena bkk komen..letak laa shoutout..
itu d panggil pelik tetapi benar :)
Salam,
betul tu ana selalu ckp pd mama dan ayah, kalau dijemput ke walimah pg saja walaupun xbg ringgit.
Sbb pd ana, tuan rmh da buat knduri nk bersedekah bknnya nk srh tetamu byar blk apa yg tlah mereka mkn.
Itu pndangan ana. Salam alaik.
hey bro..aku setuju bebenar 100% apa yg ko ckp...ni la yg kite kna usaha islahkan masyarakat...barakallahu fiik
Post a Comment