Monday, March 30, 2009

Tinggal Kenangan



Tanggal 15 november 2006, kaki ini melangkah masuk ke sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan dipinggir Tanta, rumah yang tersenggam indah ini menyimpan sejuta kenangan diriku di Mesir, selama 2 tahun setengah berbagai-bagai liku hidup dilalui, penat lelah menuntut ilmu di sini kerap dikongsi bersama, rumah ini menjadi saksi aku di sini.

Ustaz Hanafi sebagai pelajar senior ketika itu membimbing kami untuk hidup di Tanta. Aku, alaudin dan wahid merupakan mahasiswa baru di rumah ini. Tak sampai 2 bulan, wahid berpindah ke rumah yang lain untuk mencari pengalaman baru. Si dia telah dipilih oleh Allah untuk menggantikan tempat wahid di rumah ini. Alhamdulilah, aku dan dia dapat berkongsi sedikit pengalaman di sini, berkongsi ilmu, kemahiran dan bermacam-macam lagi kerana kami satu kuliah. Itulah dia Khairi Omri Adam.

Alhamdulilah, dengan berkat dan usaha kini kami bertiga di tahun dua, tetapi tidak lama kemudian Khairi pon berpindah. Ustaz Hanafi sudah pun tamat pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Usuluddin Syu'bah Tafsir dengan kepujian, kemudian beliau menyambungkan pelajarannya di peringkat Master di Universiti Amerika Maftuh di Kaherah. Kini tinggal aku dan Alaudin. Alaudin yang berasal dari Kelantan lebih sinonim di panggil Alak. Aku dan Alak meneruskan kehidupan di rumah ini sehinggalah kedatangan Mahasiswa baru menyerikan lagi panorama rumah ini. Zaid, Zul Azfar dan Shuhadak merupakan pendatang baru di rumah ini. Aku dan Alak menggunakan pengalaman yang ada ketika bersama Ustaz Hanafi dahulu untuk membimbing adik-adik.

Kini aku di tahun tiga, sudah dua tahun setengah rumah ini sudah lapuk bersama kami, kami berkongsi segala perasaan, sedih, gembira, suka dan duka di rumah ini. Tanggal 29 Mac 2009, kami berlima melangkahkan kaki keluar, mencari haluan masing-masing meniggalkan rumah yang pernah aku dan Alak duduki selama dua tahun setengah. Kami lima berpecah, tinggal di rumah yang berlainan. Semalam sebelum aku mengucapkan salam dan terima kasih kepada tuan rumah yang lebih mesra dipanggil baba, aku melihat mama mengalirkan air mata, sebak hati ini untuk melangkah pergi tetapi ku harus ingat kehidupan sebagai seorang mahasiswa mesti diteruskan. Terima kasih baba.. terima kasih mama. Sekian..


Khairi, aku, Ustaz Hanafi dan Alak.

Bilikku.. Seribu kenangan..


3 Spekulasi:

Anonymous,  March 30, 2009 at 1:24 PM  

tumpang rasa sedih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP