Monday, December 1, 2008

coming soon..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa khabar semua? dikesempatan ini ana ingin memohon maaf kerana blog ini tidak dapat diupdate dalam masa terdekat disebabkan imtihan yang semakin tiba.. insyaallah bi iznillah ana akan mula mengupdate blog ini selepas imtihan, doakanlah kejayaan kami disini dan ana menyeru kepada diri ana dan sahabat-sahabat untuk mengambil kesempatan di bulan Dzulhijjah ini dengan melakukan amal ibadah, semoga segala amalan kita di terima Allah S.W.T, kepada calon-calon imtihan semoga berjaya didalam imtihan yang bakal ditempuhi dan kepada yang sedang menunggu natijah semoga kejayaan diterima insyaallah.. Semoga kejayaan didunia dan diakhirat milik kita bersama..


لو توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير في السماء تغدو خماصًا و تروح بطاناً

Read more...

Friday, November 7, 2008

Rumah Manakah Yang Tidak Dimasuki Syaitan

1. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah S.W.T.
2. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah S.W.T.
3. Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.
4. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal.
5. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim.
6. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
7. Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami, bekerjasama dan bertolak ansur.
8. Rumah yang penghuninyapenuh dengan kecintaan dan ketaatan keapda Allah S.W.T.
9. Rumah yang penghuninya masing-masing dapat menjaga adab serta rahsia.
10. Rumah yang penghuninya tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara yang haram.
11. Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah S.W.T.
12. Rumah yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan meminta izin.
13. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
14. Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tercela.
15. Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah S.W.T.

Read more...

Monday, November 3, 2008

Bahaya Lidah

• Akan bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah.
• Berlebih-lebihan apabila bercakap dan berkata-kata.
• Bercakap perkara yang tidak benar (berbohong).
• Akan berlaku pertengkaran.
• Akan menyebabkan permusuhan daripada kata-katanya.
• Akan bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
• Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
• Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang).
• Mengalunkan lagu yang tidak bermoral.
• Terlalu banyak bergurau senda dan bergembira.
• Menyebarkan rahsia.
• Akan berjanji dan mendustai janji.
• Akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
• Menjadi talam dua muka, kepada orang yang berbeza-beza menabur fitnah berbeza-beza.
• Memuji yang melampau-lampau.

Kepada diriku dan saudara Islamku sekalian, awasilah lisan agar ia tidak disalah gunakan.

Read more...

Monday, July 28, 2008

Menyemarak budaya membaca

Kebanyakan rakyat Malaysia kurang minat membaca. Nyatakan peranan yang dapat dimainkan oleh pelbagai pihak bagi menyemarak lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

“Bulan Julai rasmi sebagai Bulan Membaca Kebangsaan”
“Azali Azlan pelajar genius SPM, Tokoh Nilam Kebangsaan 2007”
“Perpustakaan bergerak bantu pelajar di kawasan pedalaman”

Marcapada, berita-berita tentang isu budaya membaca seperti ini amat kerap disiarkan oleh media massa di negara kita. Namun hakikatnya, masyarakat di negara ini seolah-olah mengambil enteng tentang perkara ini. Bagaimana kita mahu melihat negara kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain sedangkan purata rakyat negara kita hanya membaca dua muka surat dalam masa setahun justeru penerbitan sebuah buku setiap 30 saat di dunia hanyalah seperti menangguk di air yang keruh. Bagi mengelakkan isu mengatakan bahawa rakyat Malaysia malas membaca, pelbagai pihak boleh menggunakan pelbagai prakarsa bagi menyemarak lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Setiap penyakit ada penawarnya, dan setiap masalah ada penyelesaiannya. Peranan pertama yang dapat membantu datangnya daripada institusi kekeluargaan. Ibu bapa merupakan suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini kerana sebahagian besar masa anak-anak adalah di rumah, justeru ibu bapa perlulah mencari alternatif terbaik dalam menitikberatkan pengisian masa yang berkualiti kepada anak-anak. Sebagai contoh, tukarlah kelaziman memberi hadiah berupa barang permainan kepada buku kepada anak-anak sempena hari ulang tahun atau kerana memperoleh kejayaan dalam akademik. Bawalah anak-anak ke kedai buku atau ke pusat pameran buku. Ibu bapa juga boleh membina perpustakaan mini di rumah untuk keperluan anak-anak mereka. Langkah ini dapat merangsang minda anak-anak agar menjadikan buku sebagai sahabat paling setia. Sesungguhnya peranan ibu bapa sangat besar dalam menerapkan minat membaca anak-anak seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ayuh kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada isi yang kedua iaitu peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah. Mengapakah peranan pihak sekolah amat diperlukan dalam konteks membina modal insan intelektual? Hal ini kerana sekolah merupakan kutubkhanah yang menyediakan pelbagai prasarana kepada para pelajar mendalami ilmu pengetahuan. Tugas guru kini lebih kepada fasilitator iaitu pemudah cara, maka pelajar perlu berdikari mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Impaknya, pelajar akan merasakan membaca itu menyeronokkan, memberi manfaat, serta menghiburkan apabila setiap tugasan mampu dibereskan dengan menggunakan prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah. Kempen Buku Nilam misalnya sesuatu pendekatan yang proaktif dan menjadi serampang dua mata di mana kempen ini berhasil dalam melahirkan Tokoh Nilam genius SPM seperti Nur Amalina Che Bakri dengan pencapaian 17 1A dan Azali Azlan dengan pencapaian 20 1A. Signifikasinya, peranan pihak sekolah sebagai batu loncatan ke arah masyarakat berilmu merupakan hujah yang sangat kukuh.
Bagaimana pula dengan peranan yang dimainkan oleh pihak penerbit buku? Pihak penerbit buku janganlah terlalu ghairah dalam mengaut keuntungan dengan hanya memfokuskan pasaran terbitan picisan hanya semata-mata terbitan ini menduduki carta jualan paling memberangsangkan. Menurut sumber yang diperoleh, Malaysia telah meneritkan sebanyak 6,500 buah buku dalam setahun di mana industri buku negara telah menyumbangkan sebanyak RM1.5 bilion setahun kepada pendapatan negara. Persoalannya, adakah buku-buku terbitan baharu itu kebanyakannya buku-buku bercorak ilmiah atau sebaliknya? Tepuk dada tanyalah selera. Oleh itu, perlu adanya anjakan paradigma oleh pihak penerbit buku mulai sekarang. Mereka perlu ada rasa tanggungjawab sosial dalam mendidik dan membangunkan modal insan melalui terbitan buku-buku bercorak akademik dan ilmiah. Jika pihak penerbit buku mempunyai kesedaran ini dalam atma dan sukma mereka, sudah tentulah masyarakat zaman globalisasi di negara ini akan lebih berdaya saing, bernas pemikirannya serta mampu memacu negara mengikut acuan kita sendiri. Pendek kata, pihak penerbit buku berperanan penting dalam menyemarak lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Kita skopkan lensa pemikiran kita kepada peranan yang dimainkan oleh kerajaan. Kerajaan berperanan sebagai platform dalam mendidik masyarakat menjadi bangsa yang bertamadun, berilmu serta mampu menangkis anasir-anasir luar dalam mengharungi dunia tanpa sempadan ini. Melalui pelbagai kaedah dan pendekatan yang ditunjangi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, graduan pascamerdeka yang bakal dilahirkan akan lebih berkualiti inteleknya serta amat diperlukan dalam pasaran kerja sama ada di peringkat domestik atau di peringkat global. Biar kita ambil contoh melalui insentif yang diberikan kepada para penterjemah yang bertanggungjawab menterjemah buku-buku terbitan luar negara dalam pelbagai bahasa untuk diguna pakai di dalam institut pengajian tinggi awam dan swasta. Begitu juga dengan langkah pihak kerajaan dalam menurunkan duti import terhadap bahan bacaan luar selain penganjuran pesta buku antarabangsa. Tuntasnya, peranan pihak kerajaan amat perlu dalam membudayakan ilmu sebagai wahana pembangunan negara.
Sebagai intiha, semua pihak haruslah komited dalam menerapkan minat membaca dan seterusnya menyahut seruan kerajaan demi merealisasikan visi seratus peratus celik huruf tahun 2010. Kesedaran dalam diri individu terhadap peri pentingnya ilmu melalui pembacaan dapat meningkatkan keintelektualan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Pada akhirnya, langkah ini diharapkan dapat menyemarak lagi kempen membudayakan ilmu sebagai corak kehidupan masyarakat Malaysia seperti mana yang telah dipraktikkan oleh bangsa Jepun. Cendekiawan ada berkata, ilmu pelita hati.

Minda anak pascamerdeka

Oleh: Harliza Esa SMK Sri Gading.

Read more...

Friday, July 11, 2008

Penjelasan kepada soalan yang di utarakan di bawah tajuk khitbah..

Soalan: assalamualaikum.

nak tanya satu soalan psl post nta ni.
apa bezanya melamar, meminang, merisik, bertunang? banyak sgt. ada yg kata ia jg merupakan adat. yg menjadi wajib ialah bernikah.
dlm islam, apakah proses yg menjadi sunnah dlm byk2 istilah di atas.
org melayu ni kaya dgn adat. nak kne merisik dulu la, pastu bertunang, ada nak kne meminang dlu la, mesti nak buat kenduri meminang beserta dgn cincin sekali, mcm2 kne ikut prosedur org2 tua ni.
lagi satu berkenaan dgn istilah 'takdim'. Takdim tu merujuk kpd meminang/melamar ke? dan apakah batasan2 pergaulan seseorang yg sdh ber'takdim' td?

Resporn: Wa'alaikumussalam W.B.T.
Bismillahi Arrohman Arrohim..
Pertama, ana ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bertanya.
Di Negara kita Malaysia, mempunyai banyak adat sebelum perkahwinan sehingga boleh menimbulkan keraguan dan persoalan di kalangan masyarakat sekarang. Soalan yang pertama di utarakan tentang ta’rif (pengenalan) adat-adat tersebut. Baiklah, sebenarnya perkara-perkara tersebut di adakan adalah dengan tujuan yang satu, iaitu untuk melamar perempuan yang ingin kita kahwini. Di sini ana ingin memberikan sedikit gambaran atau penjelasan pada tajuk khitbah yang ana telah ana coretkan sebelum ini. Hukum akad nikah @ perkahwinan itu sendiri adalah wajib, manakala khitbah @ melamar itu hanyalah sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W.,ini berdasarkan hadith yang ana sertakan pada tajuk khitbah yang lalu (boleh rujuk kitab Al-Ahwal As-Syakhsiah lilmuslimin, salah seorang pengarangnya ialah Al-Fadhil Doktor ‘Ali Jum’ah Mufti Negara Mesir sekarang). Apakah tujuan khitbah itu di adakan? Antara tujuannya ialah untuk kita melamar perempuan tersebut supaya tidak dilamari oleh lelaki lain sepertimana di jelaskan dalam syarat-syarat khitbah yang ana sertakan di dalam tajuk yang lepas. Antara lain ialah untuk kita melihat (dengan batasan-batasannya) akan makhtubah (the future wife) kita itu untuk dijadikan peneman seumur hidup. Inilah proses yang di ajar oleh islam berdasarkan hadith nabi yang ana beri pada tajuk yang lepas, proses-proses yang perlu dilalui oleh bakal pengantin sebelum berlangsungnya perkahwinan itu.
Berbalik pada adat sebelum perkahwinan yang berlaku di Malaysia, yang boleh ana katakan melalui ilmu yang di pelajari, adat-adat sebelum perkahwinan ini boleh asalkan ia tidak menyalahi atau membatasi landasan-landasan syari’ah yang telah ditetapkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah. Perkara ini di rujuk melalui ‘uruf (keadaan) di negara kita yang mengamalkan bermacam-macam bentuk adat sebelum perkahwinan.
Hmm.. tentang istilah takdim pula, takdim boleh kita ertikan ia dengan melamar. Proses yang dijalankan itulah yang dipanggil takdim. Batasan-batasan pergaulan antara pihak lelaki dan perempuan tetap sama hukumnya (pergaulan sebelum perkahwinan) sehingga mereka berkahwin. Akhirnya, ana mengharapkan segala persoalan telah di jawab, moga-moga ia memberi manfa’at kepada seluruh umat islam dan ana juga mengharapkan jawapan ini tidak memesongkan akidah umat islam hari ini. Wallahu ‘a’lam bissowab..

Read more...

Kenali Ka'bah


Ka’bah merupakan qiblat kepada umat islam seluruhnya yang terletak di Tanah Haram iaitu Makkah Al-Mukarromah. Ka’bah juga dikenali dengan ‘Baitullah’. Bangunan berbentuk kubus ini mempunyai ketinggian 15 meter, lebarnya pula mempunyai ukuran masing-masing. iaitu : bahagian Timur 11.88 meter, bahagian Barat 12.15 meter dan bahagian Selatan 9.92 meter. Tinggi pintu Ka’bah dari tanah berukuran 2 meter. Ka’bah dilitupi dengan permaidani halus yang juga dikenali sebagai kiswah. Binaan ini telah di dirikan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan dibantu Nabi Ismail A.S. putranya bersama Siti Hajar isteri Nabi, setelah mendapat perintah dari Allah S.W.T. untuk membangunkannya dan dapat dijadikan tempat beribadah.
Keempat-empat sudut bangunan Ka’bah mempunyai nama-nama tersendiri, iaitu :

• Sudut Hajar Aswad: di sudut ini terdapat seketul batu hitam yang lebih dikenali sebagai Hajar Al-Aswad , menjadi tempat permulaan dan pengakhiran tawaf, Hajar Al-Aswad terletak pada ketinggian 1.5 meter dari permukaan tanah, ia berbentuk seaakan-akan bujur telur. Jarak Hajar Al-Aswad dengan pintu Ka’bah disebut sebagai Multazam, iaitu satu tempat diantara tempat-tempat mustajab (diterima) do’a yang berada di Masjidil Haram.
• Sudut Iraqi: sudut yang mengarah ke negeri Iraq. Jarak antara sudut Hajar Al-Aswad dan sudut Iraqi berukuran lebih kurang 11 meter, dan pada sudut inilah terletaknya pintu Ka’bah.
• Sudut Syaami: sudut yang mengarah ke negeri Syam. Jarak antara sudut Iraqi dan sudut Syaami lebih kurang 10.22 meter.
• Sudut Yamani: sudut yang mengarah ke negeri Yaman. Jarak antara sudut Syaami dan sudut Yamaani lebih kurang 10.13 meter.

Di sekitar Ka’bah terdapat Maqam Nabi Ibrahim A.S. Disampingnya terdapat sumur Zam-zam yang penuh barakah. Setelah Ka’bah selesai di bagunkan, Nabi Ibrahim A.S. menyeru kepada semua umat islam seluruh dunia untuk menunaikan haji setara dengan perintah Allah S.W.T. kepadanya, seru Nabi Ibrahim A.S: “ Bahawa Allah S.W.T. telah membangunkan untuk kamu sekalian Ka’bah dan memerintahkan kepadamu untuk berhaji, maka jawablah seruan Tuhanmu itu”. Maka mereka pun menjawab : “Labbaika Allahumma Labbaika/ Ya Tuhan, aku memenuhi panggilanMu”.

Read more...

Monday, July 7, 2008

احترام المعلم ومواعيد الدرس من سلوك الطالب المسلم


من الأدب العظيمة في الاسلام :

احترام معلمنا ولو كان غير مسلم؛ لأن هذا قيمة عالية و أدب رفيع؛ مثل (( بر الوالدين)) وهي قيمة عظيمة يحاففظ عليها ونقوم بها ولو كان الوالدان مشركين.
و يجب عليناأن نحترم مدرسنا، لأنه مرشدنا وهاديناالى الخير، واحترامنالمدرستنايتطلب مناأن نلتزم بمواعيد الدراسة، وليس من الأدب أن نقف خارج المدرسة لأنك أتينا متأخرا، أو تطلب منا ادارة المدرسة أن نأتي بولي أمرك دائم التأخر في الحضور الى المدرسة.
لذلك أطلب منا المحافظة على مواعيد المدرسة أو الكلية ، الالتزام بحضور المحاضرات في مواعيدها، وأظن من العيب أن تكون صورة سيئة للاسلام بتهاوننا وعدم التزامنا بمواعيد دروسنا، واحترامنا لمعلمنا، يقول النبي صلى الله عليه و سلم : (( ليس منّا من لم يوقر كبيرنا ويرحم صغيرنا ويعرف لعالمنا حقه )).

Read more...

Sunday, July 6, 2008

Khitbah


Khitbah atau dalam bahasa yang sering kita gunakan (meminang atau melamar) merupakan sesuatu permintaan seorang lelaki atau wakilnya kepada seorang wanita (walinya) untuk dijadikan permaisuri hati seumur hidup dengan cara tertentu yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini secara meluas.
Hukum khitbah adalah sunnah, Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah berkhitbah terhadap isteri-isteri baginda, antaranya Saidatina ‘Aisyah bintu Abu Bakr dan Saidatina Hafsah bintu Umar R.A. Hukum melihat makhtubah (calon isteri) kita juga adalah harus, Riwayat dari Jabir R.A., telah bersabda Rasulullah S.A.W. : “ apabila salah seorang dari kamu mengkhitbahi perempuan, maka kamu mampu (noleh) melihat akan ia (wanita-wanita yang dikhitbah) untuk mengajak ke arah perkahwinan, maka lakukanlah ‘sempurnakanlah’, telah berkata akan Jabir R.A. : maka aku telah berkhitbah dan khitbah yang berlaku sehingga aku melihat akan makhtubah (calon isteri) itu mengajak ke arah perkahwinan maka aku kahwini akannya”. Hadith ini menkhabarkan hukum khitbah itu adalah sunnah seperti yang dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Sebahagian ulama’ berpendapat melihat wanita yang ingin dipinangi itu adalah ketika sebelum waktu pinangan, ini adalah pandangan dari Mazhab Syafi’iah dengan alasan untuk tidak menyakitkan hati atau menolak perasangka buruk kepada pihak lelaki apabila tidak bersetuju terhadap wanita itu.
Terdapat 2 syarat sah dalam proses khitbah, iaitu :

1) Makhtubah adalah wanita yang boleh dikahwini.
2) Tidak meminang wanita-wanita yang telah dipinang oleh orang lain.

Syarat yang pertama jelas menggambarkan kepada kita bahawasanya wanita yang ingin dikhitbah itu hendaklah wanita yang boleh dikahwini, maka tidak boleh untuk kita meminang isteri orang lain ataupun wanita-wanita yang mempunyai pertalian darah dengan kita. Khitbah boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in berdasarkan ayat Al-Qur’an dari Surah Al-Baqarah pada ayat 235, Allah S.W.T. telah berfirman mafhumnya : Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati. Syarat yang kedua pula mengkhabarkan kepada kita islam melarang untuk kita meminang wanita-wanita yang sudah dipinang oleh orang lain, ini dijelaskan pada hadith Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairoh R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : “Janganlah dipinang oleh lelaki akan wanita-wanita yang telah dipinangi sehingga ia berkahwin ataupun ditinggalkan” riwayat Ahmad dan Muslim.
Terjadi perbedaan pandangan di kalangan Ulama’ mengenai anggota-anggota wanita yang boleh dilihat ketika khitbah, iaitu:

1) Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.
2) Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.
3) Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.

Read more...

Saturday, July 5, 2008

Adakah Basmallah ayat dari Surah Al-Fatihah


Ijma' ulama' telah bersependapat mengatakan basmallah yang didatangkan dalam Surah An-Naml ialah juzu' atau bahagian dari ayat surah tersebut (boleh lihat Surah An-Naml : 30), akan tetapi ulama' telah berselisihan pendapat untuk menyatakan adakah basmallah ayat dari Surah Al-Fatihah, dan juga ayat bagi surah-surah yang terdapat dalam Al-Qur'an Al-Karim?

Disini didatangkan pendapat-pendapat yang menyatakan pndangan meraka tentang permasalahan ini, antaranya ialah :

1) Dari Mazhab As-Syafie :Basmallah merupakan ayat dari Surah Al-Fatihah dan juga dari surah-surah yang terdapat dalam Al-Qur'an, setiap surah didalm Al-Qur'an menyebutkannya pada permulaan ayat setiap surah kecuali Surah At-Taubah.

2) Dari Mazhab Maliki :Basmallah bukanlah ayat dari Surah Al-Fatihah dan bukan juga ayat dari surah-surah yang terdapat dalam Al-Quran, Ia diletakkan pada awal surah sebagai fasl dan tabarruk.

3) Dari Mazhab Hanafi :Basmallah ialah ayat yang sempurna dari Al-Qur'an yang diturunkan sebagai pemisah surah-surah yang terdapat dalam A-Qur'an, akan tetapi basmallah bukanlah ayat dari Surah Al-Fatihah.

Read more...

Friday, July 4, 2008

The Teachings of the Al-Qur'an


The basic objective of the Al-Qur'an is to awaken man's awareness of the Sovereignty of Allah S.W.T. in universe and in human affairs. Man is merely a trustee in the vast universe of Allah, and the purpose of his creation is to worship, if it is done with good intentions and in accordance with the laws given by Allh S.W.T. So, the ultimate responsibility of each person is to Allah S.W.T. alone, and every human being will be questioned concerning what he did with Allah's gifts: life itself, faculties, talents, time, possessions and all that one has been given.
Excellence in this life is a prerequisite for excellence in the future life. Thus, the Al-Qur'an exhorts people to observe, to think, to investigate and to search earnestly for truth. It urges people to help others, in seeking justice for all and in striving for peace among the peoples of the earth. It asks every man to free himself from servitude to other men and from and from bondage to his own desires. Thus, the Al-Qur'an speaks of Allah S.W.T. Piety (taqwa) as the basis of all good actions. It teaches us how the subservience to Allah S.W.T. must reach the innermost recesses of the heart. Hence, we will sincerely believe that everything good we have is from Allah S.W.T. and that we shall return to Him.
In brief, when a Muslim reads the Al-Qur'an he considers himself to be worshipping, because he repeats the words of Allah S.W.T. with the determination to observe the Commands of Allah S.W.T.
The Al-Quran is the first sourse of Muslim belief and law. We muslims believe that it will be preserved from change until the end of the world, because Allah S.W.T. says: "Surely We have revealed the Al-Qur'an (the Remembrance) and certainly We will preserve it" (Al-Hijr:9)

Read more...

Thursday, July 3, 2008

Solat Istikharah


Solat Istikharah ialah solat yang disunahkan oleh setiap ummat islam, dalam menentukan pilihan dari beberapa pilihan yang diragukan (bimbang didalam memilih salah satu yang paling baik baginya). Dengan kata lain, Solat Istikharah ialah solat untuk meminta petunjuk daripada Allah S.W.T. untuk menentukan satu pilihan di antara beberapa pilihan yang tepat dan baik. Solat Istikharah ini boleh di tunaikan pada siang hari atau malam hari sebelum tidur.
Jumlah roka'at solat istikharah ialah sebanyak 2 roka'at, pada raka'at pertama sebaiknya sehabis membaca Surah Al-Fatihah hendaklah membaca Surah Al-Kafirun dan pada raka'at kedua membaca Surah Al-Ikhlas. Setelah selesai solat, berdoalah sebagaimana berikut : " Ya Allah, Ku mohon kepadaMu agar Engkau memilihkan mana yang terbaik buatku, dan aku memohon kepadaMu ketentuan dengan qudrahMu, dan aku memohon kepadaMu akan kurniaanMu yang agung, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui sedang aku ini tidak mengetahui dan Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika memang telah Engkau ketahui perkara ini ...................... baik bagiku dalam urusan agamaku, kehidupanku dan akibat perkaraku, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku serta berkatilah di dalamnya untukku. Tetapi, jika Engkau ketahui bahawa perkara ini .................... buruk untukku dalam agama ku, kehidupanku dan akibat urusanku, maka hindarkanlah ia dariku jauhkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah sesuatu kebaikan untukku di mana saja, lalu redhoilah aku bersamanya".

Read more...

Azhan Atan di Akademi Nasyid TV9



Read more...

Saturday, June 28, 2008

Amalan Sedekah


Amalan sedekah iaitu pemberian berupa sesuatu yang berguna bagi orang lain yang memerlukan bantuan (fakir-fakir miskin) dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata. Islam sangat mengalakkan umatnya bersedekah dengan sepertiga harta bendanya atau kurang daripada itu, untuk mengurangi penderitaan orang lain yang memerlukan bantuan serta menjauhkan sifat sombong didalam diri.
Zakat Fitrah merupakan sedekah yang wajib bagi umat islam yang mampu, dan didasari dengan niat yang ikhlas. sedekah tidak hanya terbatas pada pemberian berupa harta benda saja. Sedekah juga boleh berlaku pada sesuatu selain harta benda yang bermanfa'at, seperti: memeberi senyuman, menyampaikan ilmu, mendamaikan orang yang sedang bertengkar, dan sebagainya.
Sedekah Sirri iaitu sedekah yang diberikan secara sembunyi adalah sedekah yang terbaik. "Tujuh golongan yang dapat pertolongan daripada Allah S.W.T. pada hari tiada pertolongan (Hari Kiamat) kecuali pertolongan daripada Allah S.W.T. :..seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya itu sehinggakan tidak diketahui tangan kanannya apa yang diberi oleh tangan kirinya itu" (Riwayat imam muslim). Hadith ini menmberitakan kepada kita tentang kelebihan orang yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya.
Sedekah Jariah ertinya sedekah yang pahalanya mengalir terus selama mana benda yang disedekahkan itu masih ada. Sedekah ini merupakan sedekah yang paling baik atas dasar pahala yang mengalir terus menerus jika diamalkan oleh orang lain.
Kalimah lain yang digunakan didalam mushaf selain sedekah ialah 'infaq', ini boleh dirujuk berpandukan ayat-ayat Al-Quran dari surah yang kedua (Al-Baqaroh) dari ayat 215, 261, 262, 264, 265, 271, 272, 276, dan dari surah yang ketiga (Al-Imran) dari ayat 92, dan pada surah yang keempat (An-Nisa') dari ayat 114, dan dari surah yang kesembilan (At-Taubah) dari ayat 58, 79,104, dan pada surah yang ketiga puluh empat (Saba') dari ayat 39.
Tentang fadhilah sedekah. ade beberapa Hadith Nabi S.A.W. yang menyebutkan tentangnya, sebagai contoh dari hadith ini.."Sedekah dapat menambah umur, mencegah pengakhiran hidup yang 'suq' dan Allah S.W.T. akan mengilangkan keangkuhan dan kesombongan dengan sedekah tersebut"(Hadith Riwayat Abu Bakar Ibnu Muqsim, dari 'Amer bin 'Auf). "Sedekah yang paling utama ialah seorang muslim yang menuntut ilmu, kemudian dia mengajarkan kepada saudaranya yang muslim"(Hadith Riwayat Ibnu Majah, dari Abu Hurairoh.

Read more...

Mandub-mandub iblis

Makhluk Allah S.W.T. yang dahulunya sangat tekun beribadat kepada Allah S.W.T. dan kini menjadi makhluk Allah yang dilaknat. Meraka mempunyai satu hadaf dijadikan didunia ini sebelum tibanya Hari Kiamat, iaitu menyesat dan menyelewengkan aqidah manusia dimuka bumi ini. Mereka ini mempunyai mandub-mandub tertentu untuk menyesatkan umat manusia.

Thabar : Tugasnya ialah mendatangi orang yang ditimpa musibah seperti berlakunya kematian orang yang disayangi dengan menghasut menampar-nampar pipi mereka dan menyuruh memerangi Allah S.W.T.

Dasim : tugasnya pula ialah memecah belahkan kehidupan suami isteri dengan mewujudkan perasaan benci-membenci sehingga berlakunya penceraian.

Al-A'war : Tugasnya ialah memudahkan manusia untuk melakukan zina.

Maswat : Tugasnya pula ialah mengelirukan manusia dalam memutuskan suatu keputusan.

Zalnabur : Tugasnya ialah melakukan penipuan dalam sukatan timbangan, berbantah-bantah antara penjual dan pembeli, betumbuk-tumbuk sehingga berlakunya pembunuhan.

Khinzib : Tugasnya ialah mewas-waskan gerak kerja manusia.

Read more...

Thursday, June 26, 2008

Reflection together

So funny,
A cash RM50 looking big when bring to a donation box at the mosque, but it so small when we bring to supermarket.

Its funny,
10 minutes its too long for praising Allah S.W.T. but how short that 10 minutes for football matches.

Funny huh,
So long 2 hours being in the mosque, but so fast 2 hours going when watching a movie at the cinema.

Funny,
Its very hard to say thanks to Allah S.W.T but very easy to find a topic for talking when meets between a boys and girls.

So funny,
How a yelling and shouting continous when our favourite football team playing, but so bored when imam of tarawih prayers at the fasting month uttering of Allahuakbar all the time.

Its funny,
So difficult to recite Al-Quran section reading, but magazine and entertainment novel 1000 pages could be finished.

Funny,
Peoples try to grab it a most front line to watching sport matches or a concert, but also try to grab a most behind line when friday prayer with hope can get out early.

Funny huh,
So hard to attract people spreading a call, but so easy to attract people for join our gossip union.

Take a deep breath and ask yourself, please give a good news to the believer that for them a great reward from our Master..Allah S.W.T. Always judge yourself before been judged for a last time.

Khamis
26 June 2008
1:59 Petang.
Siberbay.

Read more...

Andainya wanita tahu...

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengunjung

Kamu dari mana? Nak tengok apa?

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP